KUALA LUMPUR: Kejayaan filem dan penerbitan yang menerima dana galakan daripada kerajaan membuktikan dasar serta program yang disalurkan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) adalah tepat dalam membantu penerbit filem tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara Sdn Bhd yang meraih RM43.9 juta jualan tiket panggung dalam masa 12 hari, merupakan antara penerima sokongan dan galakan daripada kerajaan.
Filem arahan Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-28, Syamsul Yusof itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) dengan jumlah geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran RM300,000.
Katanya proses suntingan filem itu pula telah dilakukan menggunakan studio yang dibangunkan Finas iaitu Studio Mixstage, Kompleks Studio Merdeka.
"Prestasi memberangsangkan filem ini dengan kutipan pecah panggung memberi sinar kepada industri perfileman negara. Sambutan penonton bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan Brunei, sekali gus membuktikan kekuatan jenama filem tempatan dalam meraih kepercayaan penonton ke pawagam setelah berhadapan cabaran pandemik COVID-19.
"Ini juga membuktikan kekuatan cerita tempatan yang diinspirasikan daripada sejarah dan warisan diterima penonton, selain mempunyai potensi besar untuk diangkat ke layar perak. Bagi Finas pencapaian filem ini amat menggembirakan dan menyuntik semangat warganya untuk membantu penggiat industri perfileman tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Md Nasir berharap sambutan hebat kepada filem Mat Kilau itu akan terus menjana sokongan terhadap penontonan filem tempatan selepas ini, selain memberi galakan kepada penerbit meningkatkan penghasilan karya berkualiti yang mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Beliau turut mengingatkan tanggungjawab penggiat industri yang menerima peruntukan agensi itu, supaya terus mematuhi perjanjian kontrak dan memberi kredit sewajarnya kepada pihak kerajaan, K-KOMM dan Finas seperti yang termaktub dalam terma perjanjian tersebut.
Dalam pada itu, Md Nasir berkata Finas juga komited dalam membantu meringankan beban penerbit melalui Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) sejak 1 Julai 2011 yang menggantikan Pemberian Galakan Pungutan Duti Hiburan.
"Insentif ini adalah ihsan kerajaan dalam membantu penerbit dan pengeluar filem tempatan yang perlu membayar cukai hiburan sebanyak 25 peratus kepada kerajaan negeri, yang sudah tidak lagi disalurkan semula kepada Finas sejak tahun 2000.
"Finas meneruskan insentif ini kerana menyedari kepentingan industri yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Berdasarkan hasrat dasar ITFC itu, filem seperti Mat Kilau berpeluang menerima pulangan RM500,000 kerana kutipan tiket melebihi RM6 juta," katanya.
Selain itu, menurutnya agensi itu akan mengadakan pertemuan dengan pihak pempamer dan penerbit filem tempatan pada Khamis ini (7 Julai) bagi melihat semula agihan keuntungan jualan tiket filem antara kedua-dua pihak agar mencapai keputusan serta garis panduan yang lebih jelas dan adil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022
Filem arahan Syamsul Yusof itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) dengan jumlah geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran RM300,000.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' muncul sebagai filem Malaysia yang paling banyak ditonton di saluran Netflix antara Januari hingga Jun 2023.
Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia
Filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin.
Filem Mat Kilau cetus fenomena silat di Pelangai
Di gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, dua calon sedang rancak 'berpencak' bagi meraih sokongan pengundi.
Bagai ada yang kurang di Jerantut.. Adakah benar 'kampung Mat Kilau' kurang promosi?
Penduduk sendiri tak pasti apa tarikan lain di kampung mereka. Kehangatan fenomena filem Mat Kilau juga makin pudar.
PRU15: Calon BN yakin menang 4-0 di Jerantut
Barisan Nasional (BN) yakin akan sapu bersih kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bajet 2023: RM50 juta dana perkasa filem kenegaraan
Industri perfileman negara diperuntukkan RM50 juta bagi penghasilan filem berunsur kenegaraan.
Mat Kilau ditayangkan di Netflix sempena Hari Malaysia
Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 Sept, kecuali di Indonesia, di mana filem ini akan dilancarkan pada 14 Okt.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Ramli sambut baik hasrat terbit filem sejarah Pasir Salak
Waris keturunan Datuk Sagor itu serah pada pengarah untuk olah jalan cerita filem sejarah negeri Perak.
Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri
Selepas menjadi 'pontianak', Maya teringin pula memegang watak Mahsuri.