awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejutan anak bawah tudung saji

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2018
13:06 MYT
Kejutan anak bawah tudung saji
Achey sendiri telah berkongsi video hadiah yang diberikan isterinya melalui akaun Instagram miliknya. -Instagram
HARI ini, pelawak dan penyanyi terkenal, Achey menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33.
Bagaimanapun 'kejutan' yang di buat oleh isteri Achey, Nor Hasanah Yahya atau juga dikenali sebagai Anne telah membuatkan netizen sebak.
Achey sendiri telah berkongsi video hadiah yang diberikan isterinya melalui akaun Instagram miliknya.
"Simple sangat tapi nilainya teramat tinggi. Thank You @anne_achey @tiara_zinnirahofficial 17.8.2018," tulisnya.
Yang terindah @anne_achey @tiara_zinnirahofficial
A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Aug 16, 2018 at 7:32am PDT
Menerusi dua video tersebut, Anne telah meletakkan anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah Nasir, tiga bulan, di bawah tudung saji dan meminta suaminya itu membukanya.
"Saya tak dapat beri hadiah yang lebih mahal dari ini (anak), ini saja hadiah ternilai yang saya ada sekarang ini," ujar Anne sambil menahan tangis dan memperlihat Achey juga menitiskan air mata.
Rata-rata mengakui terkesan dengan video yang dikongsikan itu dan mendoakan agar Achey bakal menimang cahaya mata sendiri suatu hari nanti.
Achey, 32, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya, 28.
Pada Jun lalu, Achey mengumumkan penantian lapan tahun mereka menimang cahaya mata berakhir selepas mengambil seorang anak angkat yang lahir pada 22 Mei lepas.
Topic Berkaitan
#Achey
#Nor Hasanah Yahya
#Nur Tiara Zinnirah Nasir
#pelawak
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan