awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana tak 'follow' di Twitter, Lindsay Lohan 'sentap' dengan JLo

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/11/2017
14:22 MYT
Kerana tak 'follow' di Twitter, Lindsay Lohan 'sentap' dengan JLo
Lohan seakan tidak puas hati tidak dapat berhubung dengan Lopez kerana bintang terkemuka itu tidak 'follow'nya di Twitter.
MEREKA yang mengikuti perkembangan artis antarabangsa Lindsay Lohan, tentu tahu mengenai pelakon dan penyanyi itu, yang gemar 'menegur' rakan selebriti di Twitter.
Apa sahaja yang terlintas di fikiran, atau apa sahaja isu, Lohan tidak segan silu untuk meminta selebriti terbabit menghantar mesej secara DM (direct message) terus kepadanya.
Namun, teguran Lohan kali ini agak menggelikan hati kerana ia bukan sekadar teguran ramah seperti biasa.
Sebaliknya, ia seperti satu luahan rasa tidak puas hati.
'Mangsa' Lohan kali ialah bintang terkemuka, Jennifer Lopez.
Lopez secara kebetulan berada di Dubai untuk satu konsert dan Lohan pula sudah beberapa bulan menetap di situ.
Wanted to connect with you in #DUBAI since I live here but you don't follow me so I cannot DM you
— Lindsay Lohan (@lindsaylohan) November 14, 2017
Kata Lohan, dia merancang mahu bertemu Lopez namun tidak dapat berbuat demikian kerana gagal menghantar DM kepada Lopez.
Ini kerana Lopez tidak 'follow' (mengikuti) Lohan di Twitter.
Rata-rata peminat menganggap tindakan Lohan itu agak kebudak-budakan dan mempersoalkan keperluannya bertemu Lopez.
"Takkan dia (Lopez) nak jumpa awak semata-mata sebab awak tinggal di Dubai?" tulis seorang peminat, Jamie Parker.
"Saya terasa mahu ketawa tetapi tidak sampai hati kerana awak (Lohan) ada masalah psikologi yang serius," tulis seorang lagi peminat, Claire Collinson.
Topic Berkaitan
#Dubai
#Jennifer Lopez
#konsert
#Lindsay Lohan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan