PELAKON Fauziah Nawi bersyukur selepas empat tahun tiada kenderaan untuk bergerak akhirnya dihadiahkan sebiji kereta.
Fauziah menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta sebuah kereta Mitsubishi Xpander.
Terkejut dengan hadiah kereta yang diumumkan pada saat-saat akhir, Fauziah sebak dan terharu apabila doanya selama ini dimakbulkan.
“Selama 50 tahun dalam industri tak pernah saya fikirkan nak dapat anugerah, saya berbesar hati menerima anugerah ini.
“Semua ini untuk anak seni, buat terus. Kita buat kerana kita hendak buat, bukan kerana anugerah.
“Sebenarnya, Allah sedang baik dengan saya. Saya tiada kereta dan tidak mampu beli kereta sebab sudah tua.
"Malam ini, Alhamdulillah ...Allah makbulkan doa miliki kereta... Terima kasih,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.
Fauziah menerima penghargaan itu di acara terakhir pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) pada Ahad.
Fauziah yang ditemui Gempak usai acara itu berbicara lanjut mengenai cabarannya selama empat tahun tidak memliki kenderaan sendiri dan terpaksa bergantung pada jasa baik orang terdekatnya.
Kereta Fauziah jenis Proton Waja sebelum ini terbakar akibat masalah fius dan selepas itu tidak mampu untuk membeli kenderaan lain.
“Sebenarnya, kereta saya sudah terbakar empat tahun lalu akibat masalah fius. Sejak itu, saya terus patah kaki.
“Saya kemudian bergantung kepada pengurus untuk bawa saya atau anak-anak dan cucu. Kadang-kadang terpaksa tempah GrabCar.
“Saya nak sangat kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan. Nak beli tak mampu dan gak layak nak buat ‘loan’ sebab dah tua.
“Bila dah tak boleh beli tu saya pernah sehingga mengharapkan cabutan bertuah ketika dalam satu acara sebelum ini tapi tiada rezeki.
“Malam ini Allah makbullan doa saya…Memang saya terkejut dan terharu. Sekurang kurangnya bila memliki kereta saya untuk mudahkan pergerakan harian,” ceritanya lagi.
ASA2022 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan malam kemuncaknya turut dihadiri Menteri Komunikasi & Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular seperti Datuk M. Nasir, Ella, Misha Omar, Hazama, Haqiem Rusli, Tajul dan Datuk Jamal Abdillah.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Gempak
Gempak
Mon Oct 31 2022
Fauziah menerima penghargaan itu di acara terakhir pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) pada Ahad. - Foto Astro GEMPAK
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Fauziah Nawi kecewa, drama radio makin sendu
Di sebalik kerancakan penerbitan telefilem, drama yang menghiasi skrin televisyen mahupun filem di layar panggung dengan berbagai genre termasuk kemasyarakatan dan cinta, namun lain pula halnya dengan
'Saya dah buat report' - Ada individu guna gambar Fauziah Nawi kutuk Mawi, Ekin di platform X
Fauziah berkata, dia telah pun membuat laporan terhadap individu yang menggunakan nama Kak Jah Sungai Dua di platform berkenaan.
'Kereta dah terbakar, nak beli baharu tak mampu' - Fauziah Nawi sebak terima hadiah kereta
Pelakon Fauziah Nawi bersyukur selepas empat tahun tiada kenderaan untuk bergerak akhirnya dihadiahkan sebiji kereta.
Seniwati Fauziah Nawi terima anugerah Tokoh Seri Angkasa
Seniwati Fauziah Nawi menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022).
Mamat Khalid bangga jadi anak Perak, banyak perkenalkan budaya dan cara hidup - Fauziah Nawi
Ini dapat dilihat daripada filem-filemnya yang memaparkan kehidupan masyarakat negeri itu termasuk loghat serta lokasi penggambaran.
'Artis antivaksin tariklah diri sendiri, jangan susahkan orang lain' - Rosyam Nor
Pelakon prolifik Datuk Rosyam Nor menggesa artis yang belum mendapatkan suntikan lengkap vaksin mahupun golongan antivaksin agar menolak tawaran berlakon.
Sebak meniti usia 68 tahun, Fauziah Nawi berdoa nyawanya tidak diambil musim COVID-19
"Ya Allah ya tuhanku, kalau Kau nak cabut nyawa aku, janganlah musim COVID-19 ini," kata Fauziah dalam nada sebak.
Bukan semua artis jutawan, berniaga untuk dapatkan wang dan teruskan hidup - Adibah Noor
Kebanyakan artis ketika ini menjalankan perniagaan bukan sebab untuk mencari kekayaan, sebaliknya hanya meneruskan kelangsungan hidup dan membiayai perbelanjaan harian.
Kenapa anak seni selalu dipinggirkan? Semak semula SOP PKP 2.0 - Fauziah Nawi
Fauziah berkata SOP yang sedia ada sebelum ini lebih praktikal untuk dilaksanakan dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan.
"Orang macam kami, ada kerja, ada gaji, tiada kerja, tiada gaji" - Fauziah Nawi
Fauziah Nawi dan beberapa rakan seperjuangan bertemu pegawai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pagi Rabu selepas mendapat titah perkenan Agong.