awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khloe Kardashian positif COVID-19 kali kedua, anak turut dijangkiti

Gempak
Gempak
31/10/2021
03:01 MYT
Khloe Kardashian positif COVID-19 kali kedua, anak turut dijangkiti
Khloe umum dia dan anak perempuannya, True Thompson, 3, dijangkiti COVID-19. -Gempak
SETAHUN sudah berlalu, nampaknya pengalaman masa silam datang seperti deja vu.
Artis realiti popular, Khloe Kardashian mengesahkan yang dia kini positif COVID-19 kali kedua.
Selain dirinya, adik kepada Kim Kardashian itu memberitahu bahawa anak perempuannya, True Thompson, 3, turut dijangkiti virus berkenaan.
Hi guys I wanted to let you know True and I tested positive for Covid. Ive had to cancel several commitments and Im sorry I wont be able to make those happen. Luckily I have been vaccinated so all will be ok. We will be over here in quarantine and following current guidelines.
— Khloé (@khloekardashian) October 29, 2021
“Hai semua, saya nak beritahu yang saya dan anak saya, True disahkan positif COVID-19.
"Saya terpaksa batalkan beberapa komitmen dan saya ingin minta maaf kerana tidak dapat meneruskan komitmen tersebut.
“Nasib baik saya sudah menerima vaksin dan semuanya akan baik-baik. Kami akan berada di sini untuk kuarantin dan ikuti segala peraturan,” tulisnya di akaun Twitter.
Dalam pada itu, Khloe juga sempat berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri.
Pada Mac tahun lalu, Khloe yang dijangkiti COVID-19 buat pertama kali berkongsi pengalamannya bertarung dengan virus berkenaan menerusi rancangan realiti "Keeping up with the Kardashians".
Menerusi episod berkenaan, Khloe berkata yang dia mengalami simptom seperti muntah-muntah, badan menggigil dan sakit kepala.
Bagaimanapun, selepas pulih daripada jangkitan COVID-19, Khloe menghadiri majlis hari jadi tertutup Kim yang diadakan di sebuah pulau.
Hal tersebut menimbulkan respons negatif dalam kalangan peminat.
Topic Berkaitan
#Khloe Kardashian
#COVID-19
#True Thompson
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan