awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal

Amzar Alif
Amzar Alif
02/01/2025
08:30 MYT
Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Konsert Countdown MeleTOP 2025 diserikan lagi dengan pengacara hebat Nami, Hawa Rizwana dan Nabil Ahmad bagi menggamitkan lagi suasana kemeriahan sambutan malam Ambang Tahun Baharu. - Gambar Astro
PUTRAJAYA: Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.
Buat pertama kalinya, konsert ini menghimpunkan selebriti tanah air dengan misi membantu mangsa banjir menerusi Tabung Bantuan Banjir Astro Kasih.
Persembahan artis tempatan seperti Hael Husaini, Noraniza Idris, Ayda Jebat, Noki, Syiha Zikir, dan ramai lagi menyerikan acara ini sambil diselangi dengan pelbagai hadiah menarik daripada penaja OPPO.
Penyanyi Noki menyifatkan peluang untuk membuat persembahan di konsert ini sebagai rezeki dan platform mendekatkan dirinya dengan peminat dalam melangkah ke tahun baharu.
“Alhamdulillah diberi rezeki untuk menutup tahun ini bersama dengan MeleTOP. Noki rasa benda ini dapat mendekatkan kita dengan crowd dan peminat. Jadi ini satu perkara yang sangat baik,” katanya.
Para pengunjung tidak melepaskan peluang bagi membanjiri IOI City Mall untuk menyambut malam tahun baharu bersama artis kegemaran mereka. - Gambar Astro
Para pengunjung tidak melepaskan peluang bagi membanjiri IOI City Mall untuk menyambut malam tahun baharu bersama artis kegemaran mereka. - Gambar Astro
Pasangan penyanyi duo, Firdaus Rahmat dan Fahimi Rahmat, turut berkongsi keterujaan mereka untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh bersejarah itu.
“Kami amat teruja sebab ini adalah persembahan pertama kami bersama MeleTOP dan Astro. Kalau tengok lineup malam ini, kami pun nak pergi tengok persembahan mereka,” ujar mereka.
Pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana, berkata konsert ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang kepada mangsa banjir.
“Dalam kita nak masuk tahun baharu ramai yang excited, tetapi ada yang terkesan. Astro sentiasa membuka peluang dan mengajak semua membuat sumbangan melalui Astro Kasih kepada mangsa banjir, dan alhamdulillah kutipannya sangat banyak sekali,” katanya.
Konsert Countdown MeleTOP 2025 membuktikan bahawa hiburan mampu membawa impak positif kepada masyarakat, seiring dengan usaha Astro membantu mereka yang memerlukan sambil mengekalkan statusnya sebagai pusat ‘Home of Entertainment Experience’ di Malaysia.
Konsert Coundown MeleTOP 2025 diakhiri dengan pertunjukkan bunga api kira-kira 10 minit menandakan masuknya tahun baharu. - Gambar Astro
Konsert Coundown MeleTOP 2025 diakhiri dengan pertunjukkan bunga api kira-kira 10 minit menandakan masuknya tahun baharu. - Gambar Astro
Topic Berkaitan
#Konsert Countdown MeleTOP 2025
#Malam ambang Tahun Baharu 2025
#Hawa Rizwana
#Noki
#Firdaus Rahmat
#Fahimi Rahmat
#Astro
#Tabung Astro Kasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan