awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Hrithik Roshan 'Stars on Fire Kuala Lumpur' ditangguh

Gempak
Gempak
27/11/2023
08:31 MYT
Konsert Hrithik Roshan 'Stars on Fire Kuala Lumpur' ditangguh
Dalam pada itu, Yessboss Group turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan bakal mengembalikan wang pembelian tiket kepada penonton. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Konsert artis tersohor Bollywood, 'Hrithik Roshan Stars On Fire Kuala Lumpur' yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember iaitu Jumaat ini terpaksa ditangguhkan.
Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial penganjur acara berkenaan, Yessboss Groups pada Isnin. "Dukacita kami maklumkan bahawa acara yang dinanti-nantikan, "STARS ON FIRE KUALA LUMPUR" yang dijadualkan pada 1 Disember 2023, telah ditangguhkan disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan. "Keputusan ini diambil dengan persetujuan dan pertimbangan bersama dalam kalangan penganjur iaitu Yessboss Groups, Dembi Productions, dan Heart Art Production Pvt Ltd.
"Kami bakal memaklumkan penetapan tarikh baru dengan artis-artis yang terlibat," maklum mereka.
View this post on Instagram
A post shared by Yess Boss Group (@yessbossgroup)
Dalam pada itu, Yessboss Group turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan bakal mengembalikan wang pembelian tiket kepada penonton.Ye "Kami memahami kesulitan yang timbul dan dengan ikhlas memohon maaf atas sebarang gangguan kepada rancangan anda. "Berikutan penangguhan acara ini, kami telah menyusun semula proses pemulangan wang dengan kerjasama agen tiket kami. "Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai proses pemulangan wang, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan agen tiket kami di [email protected] atau melalui telefon di +6011-2186-8055 / +6011-2146-6055," tambahnya. Konsert Hrithik Roshan Stars On Fire Live Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada 1 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Selain Hrithik, konsert itu bakal membariskan artis hebat lain seperti Malaika Aurora, Kanika Kapoor, Sanya Malhotra, Vaani Kapoor, Prabhu Deva, Aastha Gill, Maarshi dan Bharti.
Topic Berkaitan
#Hrithik Roshan
#Stars on Fire Live Kuala Lumpur
#Yessboss Group
#Stadium Nasional Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan