awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert K-POP Big 2 Super batal bukan kerana tiada kelulusan JK-PUSPAL

Pia Ernadya
Pia Ernadya
05/06/2025
13:12 MYT
Konsert K-POP Big 2 Super batal bukan kerana tiada kelulusan JK-PUSPAL
Penganjur, Live Universe Entertainment, turut memaklumkan bahawa pembeli akan menerima bayaran balik sepenuhnya melalui platform Ticket2U. - Foto Facebook Live Universe Entertainment
PUTRAJAYA: Dakwaan bahawa pembatalan konsert "(G)I-DLE & BamBam Live in Malaysia" berpunca daripada kegagalan mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) adalah tidak benar sama sekali.
Sebaliknya, Kementerian Komunikasi menerusi satu kenyataan media pada Khamis berkata, keputusan pembatalan konsert ini adalah berdasarkan permintaan penganjur selepas mengambil kira justifikasi serta kepentingan semua pihak terlibat.
"JK-PUSPAL ingin menegaskan bahawa dakwaan pembatalan disebabkan tidak mendapat kelulusan daripada JK-PUSPAL adalah tidak benar sama sekali.
"Mengikut rekod, kelulusan prapemohonan bagi penganjuran Konsert "(G)I-DLE & Bambam Live in Malaysia" telah diperoleh pada 28 April 2025," katan kenyataan itu.
Jelas kementerian, penganjur seharusnya membuat persiapan rapi termasuk mendapatkan kelulusan awal daripada agensi-agensi berkaitan, selaras dengan Garis Panduan PUSPAL (GPP) bagi acara melibatkan artis antarabangsa ternama.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan Konsert K-Pop Big 2 Super yang menampilkan (G)I-DLE dan BamBam, dijadual berlangsung pada 14 Jun ini, dibatalkan atas faktor yang tidak dapat dielakkan serta pematuhan terhadap undang-undang dan garis panduan budaya tempatan.
Penganjur, Live Universe Entertainment, turut memaklumkan bahawa pembeli akan menerima bayaran balik sepenuhnya melalui platform Ticket2U.
Garis panduan PUSPAL boleh dirujuk di laman rasmi: https://portalpuspal.komunikasi.gov.my/garis-panduan-2.
Topic Berkaitan
#K-POP Big 2 Super
#konsert batal
#JK-PUSPAL
#kementerian komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan