Konsert Permata Seni 2013 berjaya menawan pentas Istana Budaya dengan pementasan berbentuk muzikal menggabungkan 158 kanak-kanak Permata Seni.

Panggung Sari Istana Budaya "pecah panggung" dengan kapasiti seribu empat ratus penonton.

Berlangsung selama 60 minit, konsert muzikal bertemakan "Mengsyukuri Nikmat Kedamaian" mengabungkan permata seni muzik, koir dan tarian.

Penampilan pelakon popular filem "Puteri Impian" Amy Mastura sebagai pari-pari mendapat sorakan peminat.

Konsert dibahagikan kepada 3 segmen iaitu kesengsaraaan, kebahgiaan dan aspirasi anak-anak dunia.

Antara lagu diperdengarkan ialah "Sha Nana" dari Amy Mastura, medley lagu Lady Gaga, "I'll Be There", dan "IM4U" di akhir persembahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka hadir ke konsert Permata Seni 2013 Selasa malam.