awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert secara terbuka tidak dibenarkan di Kedah - Exco

Bernama
Bernama
08/10/2022
05:55 MYT
Konsert secara terbuka tidak dibenarkan di Kedah - Exco
Larangan konsert terbuka itu dibuat hasil perbincangan bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan exco semasa Mesyuarat Exco Negeri baru-baru ini. - Gambar hiasan/Pixabay
JITRA: Kerajaan negeri telah membuat ketetapan bahawa semua konsert secara terbuka tidak akan dibenarkan di Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan exco semasa Mesyuarat Exco Negeri baru-baru ini.
"Saya telah bentangkan isu ini dalam mesyuarat dan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri adalah melarang dan tidak membenarkan sebarang konsert secara terbuka di Kedah.
"Ada yang kata kerajaan negeri tidak benarkan buat sebarang penganjuran program, jangan salah faham..hendak buat program tiada masalah tetapi hendak selitkan konsert secara terbuka dalam program, itu yang tidak dibenarkan," katanya selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil perbincangan bersama Menteri Besar Kedah mengenai perkembangan larangan konsert secara terbuka di Kedah.
Mohd Firdaus berkata sebarang pemohonan permit hiburan yang diminta oleh pihak penganjur kepada pegawai daerah tidak akan diluluskan sama sekali.
"Semua pegawai daerah sudah tahu prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kalau pemohonan yang diminta itu tepat, patuh SOP maka permit untuk menjalankan program akan diluluskan. Pegawai daerah akan pantau supaya kejadian yang sama tidak berlaku lagi.
"Bukanlah semua benda dilarang, contoh kalau konsert nasyid, busking atau program yang dijalankan di dalam dewan atau secara tertutup, ia mungkin akan dipertimbangkan oleh pegawai daerah," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan memaklumkan, sebarang konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah.
Larangan itu berikutan baru-baru ini tular di media sosial rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan anak muda, sambil melakukan pelbagai aksi antaranya menari di Balai Seni Alor Setar yang mengundang rasa rasa kurang senang, susulan diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konsert terbuka
#Kedah larang konsert
#exco Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan