SEANDAINYA ditanya apa perasaan mereka ketika ini, pastinya jawapan yang diberikan band popular Indonesia, ST12 adalah teruja dan tidak sabar.
Tarikh 10 November 2023 bagi pemain dram ST12, Pepep atau nama sebenarnya, Ilham Febry dan Indra Gunawan atau Indra (bass) cukup istimewa apabila mereka berpeluang untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur.
ST12 Live Concert In Kuala Lumpur di Zepp KL kata Pepep, merupakan manifestasi kerjasama penggiat seni serumpun yang lebih jelas apabila menyatukan pengkarya muzik dua negara menerusi kolaborasi bersama Malam Galau.
Pada konsert itu, ST12 tidak hanya menampilkan Aris Idol dan Firman Siagian pada posisi vokalis, malah turut membawakan penyanyi popular Malaysia, Hazama untuk turut sama-sama beraksi.
ST12 sebelum ini menjalin kerjasama dengan Hazama apabila tampil bersama dalam single Harapan Tak Kunjung Usai yang terlebih dahulu dilancarkan di Indonesia pada 5 September lalu.
Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan persembahan pembukaan daripada barisan artis Malam Galau bermula jam 7.30 malam yang bakal mengalunkan lagu ST12, sekali gus menghangatkan lagi suasana di Zepp KL.
"Konsert ini menjadi platform yang membawa semangat serumpun di antara pengkarya muzik Indonesia dan Malaysia.
"Seni tiada sempadan, justeru saya yakin kolaborasi ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dan menaikkan kualiti industri muzik antara dua negara," katanya.
Sedang giat melakukan persiapan menjelang konsert yang berbaki kurang dua minggu, Pepep berkata, mereka menjanjikan sebuah persembahan terbaik yang akan diberikan sepenuh hati.
Akui Pepep, ST12 Live Concert In Kuala Lumpur juga menjadi malam penting untuk meraikan karya terbaik yang pernah menjulang nama mereka seperti Putih-Putih Melati, Cinta Tak Harus Memiliki, Cukup Sampai Di Sini selain Kepingan Hati, hasil kolaborasi bersama Firman.
"Apa yang mampu saya katakan, kami akan memberikan yang terbaik untuk semua yang banyak menyokong perjalanan ST12 sepanjang bertapak dalam industri muzik.
"Kami percaya dengan adanya Firman, Aris yang juga juara Indonesian Idol musim kelima dan Hazama akan memberikan lebih warna pada konsert kali ini.
"Sudah pasti, kolaborasi ini akan memberikan sesuatu yang segar buat peminat ST12.
"Kami juga berharap dapat menyajikan peminat dengan kualiti persembahan yang memberikan kepuasan buat semua, terutama dari sudut pemilihan lagu yang menjadi nadi kekuatan sesebuah konsert," katanya.
ST12 Live Concert In Kuala Lumpur dibawakan secara eksklusif oleh My Legacy Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Laskhar Entertainment.
Sementara itu, sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan, pembeli tiket berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi pelbagai gimik dan permainan di lokasi konsert, bermula jam 6 petang.
Penonton bertuah bakal membawa pulang pelbagai hadiah ditawarkan EIGER Adventure (EIGER), jenama kelengkapan aktiviti rekreasi dan kembara terulung dari Indonesia yang semakin kukuh melebarkan pengaruhnya di luar negara.
EIGER bakal melancarkan toko keduanya di luar Indonesia menerusi pembukaan rangkaian terbaru di MyTOWN, Jalan Cochcrane, Kuala Lumpur, Disember ini selepas kejayaan toko luar pertama di Interlaken, Switzerland.
Segera dapatkan tiket ST12 Live Concert In Kuala Lumpur menerusi pautan: http://www.ticket2u.com.my/st12 untuk berhibur di samping memenangi pelbagai hadiah istimewa yang ditawarkan. -Gempak
Gempak
Wed Nov 01 2023
ST12 Live Concert in Kuala Lumpur di Zepp KL merupakan manifestasi kerjasama penggiat seni serumpun yang lebih jelas apabila menyatukan pengkarya muzik dua negara menerusi kolaborasi bersama Malam Galau. -Gempak
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini
Acara Autograph Session akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Aina Abdul meraih impian dengan konsert sulung di pentas DFP
Aina Abdul akan melakar sebuah lagi sejarah cemerlang dalam portfolio seninya apabila bakal membuat kemunculan sulung bersama MPO di DFP pada Mei ini.
Konsert Ungu di Kuantan dianjak ke 4 Mei, Ella tampil sebagai artis undangan utama
Pesta Muzik Kuantan yang kini bertukar nama menjadi Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024, akan dilangsungkan pada tarikh 4 Mei 2024.
Serangan pengganas di Moscow: PM zahir ucapan takziah, simpati
Perdana Menteri berkata serangan ganas yang mengerikan dan kejam seperti itu tidak mempunyai tempat dalam dunia yang bertamadun.
Tiada siapa dapat pecah belah rakyat Rusia selepas serangan keganasan di Moscow - Putin
Putin mengharapkan kerjasama semua negara yang ikhlas berkongsi penderitaan dan sedia bergabung dalam memerangi keganasan.
Angka kematian serangan pengganas di Rusia meningkat kepada 143 orang
Sekurang-kurangnya tiga lelaki berpakaian penyamaran memecah masuk ke dalam dewan, melepaskan tembakan berulang kali dan melontarkan bom.
Tembakan di dewan konsert di Moscow: ISIS mengaku bertanggungjawab
ISIS mengesahkan tindakannya menerusi kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh agensi berita Amaq di aplikasi Telegram.
40 maut, 100 lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di Moscow
Tembakan itu dilaporkan dilepaskan kumpulan lelaki bersenjata automatik, menjadikannya serangan rambang terburuk dalam sejarah Rusia.