ENTERTAINMENT
Konsert ulang tahun ke-20 Ruffedge di Singapura!

Konsert ini juga merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat kerana kumpulan ini belum pernah mengadakan konsert di Singapura.
KUMPULAN R&B popular Ruffedge akan mengadakan konsert Ruffedge 20th Anniversary di Singapura sempena meraikan tahun ke-20 penglibatan mereka dalam industri muzik, konsert tersebut akan berlangsung pada 6 Oktober 2018 di Zepp@BigBox bermula jam 8.30 malam.
Konsert yang berdurasi selama dua jam ini akan menampilkan lagu-lagu popular mereka antaranya Tipah Tertipu, Khayalan, Da Bomb, Bila Rindu, single terbaru berjudul Seperti Mereka, dan banyak lagi.
Konsert ini juga merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat kerana kumpulan ini belum pernah mengadakan konsert di Singapura.
Tiket konsert ini mula dijual pada harga SGD 225 (pakej meet & greet), SGD 145 (pakej diamond) dan SGD 95 (pakej platinum).
Penjualan tiket akan bermula pada 7 Ogos 2018 menerusi laman web www.myticket.com.sg dan www.myticket.asia.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian +65 8163 9197 / +65 3165 1506 atau sila layari www.shirazprojects.com.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami