awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kritik petugas AirAsia, Ainan Tasneem mohon maaf

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/03/2016
00:32 MYT
Kritik petugas AirAsia, Ainan Tasneem mohon maaf
Ainan tidak berniat memperkecilkan tugasan petugas penerbangan.
PENYANYI yang mencetus perhatian awal melalui saluran YouTube, Ainan Tasneem, meminta maaf secara terbuka kepada kakitangan penerbangan AirAsia susulan kritikan yang dibuat beberapa hari lepas.
Dalam satu kemas kini status di akaun Instagram, Ainan turut menyampaikan permohonan maaf buat seorang pramugara penerbangan itu yang bernama Ridzwan.
Kata Ainan, dia secara peribadi telah menghantar pesanan peribadi ke akaun Instagram Ridzwan namun tiada balasan setakat ini.
Maafkan saya kerana terlalu emosi dalam mengeluarkan kata2 sebelum ini.. Sesungguhnya yg buruk itu datang daripada saya dan yg baik itu datang hanya daripada Allah.. .
A photo posted by (@ainantasneem92) on
Mar 13, 2016 at 3:43am PDT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu '150 Juta' itu mengakui tindakannya mengkritik tugasan pramugari dan pramugara, dibuat dalam keadaan marah dan beremosi, dan tidak berniat memperkecilkan, apatah lagi mencari 'gaduh' dengan sesiapa.
Kekecohan timbul beberapa hari lalu apabila Ainan mempersoalkan tindakan seorang pramugara yang enggan membantu mengangkat beg yang berat.
Ia menimbulkan pelbagai reaksi, terutamanya dalam kalangan mereka yang bertugas di awan biru.
Rata-ratanya berpendapat tindakan Ainan agak keterlaluan dan seolah-olah tidak menghormati dan tidak memahami skop tugas mereka.
Topic Berkaitan
#Ainan Tasneem
#AirAsia
#pramugara
#pramugari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan