KUCHING: Pemilihan bandar raya Kuching sebagai pentas 'Yuna Asia Tour' adalah langkah berani dan tepat bagi Yunalis Mat Zara'ai atau Yuna, terus melebarkan sayapnya di seluruh Malaysia khususnya di wilayah Borneo.
Melawan 'arus' dengan tidak memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert besar itu, penganjur RK LiveAsia dan Icon Entertainment yakin jelajah berlangsung pada 27 Okt di Hikmah Exchange, di sini akan mendapat sambutan luar biasa susulan imej dan 'kuasa' Yuna yang tidak asing lagi dalam arena muzik tempatan.
"Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karyanya mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan hebat daripada beliau," menurut penganjur konsert dalam kenyataan pada Isnin.
Selain Kuching, konsert jelajah berkenaan turut diadakan di Tokyo, Jepun pada 16 Okt dan Singapura pada 18 Okt ini.
'Yuna Asia Tour' di Kuching bakal mencipta detik indah tersendiri antara Yuna dan peminat yang merindukan penampilan beliau di pentas tanah air sekali gus, mempamerkan kredibiliti seninya.
Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam industri muzik, hasil yang dituai anak kelahiran Kedah itu ternyata cukup manis dengan kolaborasi lagu bersama beberapa figura tersohor seperti Usher dan Jay Park.
Dilihat tepat pada masa serta seiring dengan pelancaran album kelimanya 'Y5', Yuna bersedia bertemu peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong perjalanan karier seninya dari zaman MySpace hingga 'dipinang' komposer terkemuka antarabangsa David Foster untuk bernaung di bawah Verve Music Group.
Bintang berusia 37 tahun itu tidak akan menghampakan penonton di pentas Hikmah Exchange apabila bakal mendendangkan 'buah tangan' hitnya, sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu seperti Hello', 'Lullabies', 'Dan Sebenarnya' dan single terbaharunya, 'Masih Sunyi'.
Pembelian tiket bermula 2 Okt lepas dengan harga bermula RM250. Maklumat lanjut mengenai 'Yuna Asia Tour', boleh melayari https://www.ticket2u.com.my/event/32887
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Yuna tidak akan menghampakan penonton di pentas Hikmah Exchange apabila bakal mendendangkan 'buah tangan' hitnya, sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu. - Gambar fail/Astro Gempak
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia
Penganjur yakin jelajah pada 27 Okt di Hikmah Exchange itu akan mendapat sambutan luar biasa susulan imej Yuna yang tidak asing lagi.