Skip to main content

Teknologi

Huawei perkenal desktop HarmonyOS pertama dengan komponen buatan China sepenuhnya

Komputer berkenaan turut menerima perakuan rasmi sebagai desktop pertama China yang menggunakan 100 peratus komponen buatan domestik merangkumi memori, storan dan bekalan kuasa. -Foto Huawei
Komputer berkenaan turut menerima perakuan rasmi sebagai desktop pertama China yang menggunakan 100 peratus komponen buatan domestik merangkumi memori, storan dan bekalan kuasa. -Foto Huawei

Ringkasan AI

  • Huawei melancarkan komputer desktop pertama berasaskan HarmonyOS, Qingyun HM650, khusus untuk pasaran perusahaan di China.
  • Qingyun HM650 diiktiraf sebagai desktop pertama China dengan 100 peratus komponen buatan tempatan, termasuk memori, storan dan bekalan kuasa.
  • Lebih satu juta komputer peribadi kini menggunakan HarmonyOS, disokong oleh lebih 21,000 aplikasi produktiviti dan perusahaan.
Advertisement

SHENZHEN: Huawei memperkenalkan komputer desktop pertama berasaskan sistem operasi HarmonyOS menerusi model Qingyun HM650 bagi pasaran perusahaan, lapor Amanz.

Komputer berkenaan turut menerima perakuan rasmi sebagai desktop pertama China yang menggunakan 100 peratus komponen buatan domestik merangkumi memori, storan dan bekalan kuasa.

Dari segi spesifikasi, Qingyun HM650 menggunakan cip pemproses Kirin X90 yang dibangunkan oleh unit semikonduktor Huawei, HiSilicon, dengan nilai Thermal Design Power (TDP) 40 watt.

Advertisement

Model itu turut dilengkapi kekunci khas pada papan kekunci bagi membolehkan pengguna mengaktifkan pembantu kecerdasan buatan (AI) Xiaoyi yang disepadukan ke dalam sistem operasi HarmonyOS.

Bagi pasaran China, model asas yang dilengkapi memori 16GB RAM dan storan SSD berkapasiti 512GB ditawarkan pada harga bermula 7,199 yuan (kira-kira RM4,415).

Advertisement

Seiring pelancaran itu, Huawei memaklumkan lebih satu juta komputer peribadi kini menggunakan HarmonyOS.

Jumlah tersebut disokong oleh ekosistem yang merangkumi lebih 21,000 aplikasi produktiviti dan perusahaan yang telah dioptimumkan untuk platform berkenaan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah produk terbaru yang diperkenalkan oleh Huawei? 
    A: Huawei memperkenalkan komputer desktop pertama berasaskan sistem operasi HarmonyOS menerusi model Qingyun HM650 untuk pasaran perusahaan.
  • Q: Apakah keistimewaan utama Qingyun HM650? 
    A: Qingyun HM650 merupakan desktop pertama di China yang menggunakan 100 peratus komponen buatan domestik termasuk memori, storan dan bekalan kuasa.
  • Q: Apakah spesifikasi utama komputer desktop Qingyun HM650? 
    A: Qingyun HM650 menggunakan cip pemproses Kirin X90 dengan TDP 40 watt, memori 16GB RAM, storan SSD 512GB, dan dilengkapi kekunci khas untuk mengaktifkan pembantu AI Xiaoyi.
  • Q: Berapakah harga permulaan Qingyun HM650 di pasaran China? 
    A: Model asas Qingyun HM650 ditawarkan pada harga bermula 7,199 yuan, iaitu kira-kira RM4,415.
  • Q: Berapakah jumlah komputer peribadi yang kini menggunakan HarmonyOS? 
    A: Lebih satu juta komputer peribadi kini menggunakan HarmonyOS, disokong oleh ekosistem lebih 21,000 aplikasi produktiviti dan perusahaan yang dioptimumkan untuk platform tersebut.

Must Watch Video

Advertisement