awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'La La Land' ungguli Anugerah Golden Globe, menang semua tujuh kategori

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/01/2017
06:54 MYT
'La La Land' ungguli Anugerah Golden Globe, menang semua tujuh kategori
Emma Stone bawa pulang anugerah Aktres Terbaik melalui La La Land.
SEPERTI yang dijangka, filem La La Land mengungguli Anugerah Golden Globe ke 74 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.
Menerima tujuh pencalonan, La La Land membawa pulang kesemua trofi terbabit, antaranya Filem Terbaik (Komedi/Muzikal), Aktor dan Aktres Terbaik (Ryan Gosling dan Emma Stone) dan Pengarah Terbaik (Damien Chazelle).
La La Land mengisahkan sepasang kekasih, Mia dan Sebastian, yang cuba merealisasikan impian dalam bidang muzik sehingga memaksa mereka membuat pilihan antara kerlipan glamor atau cinta sejati.
Begitupun, kejutan tercipta apabila sebuah lagi filem, Moonlight, yang dijangka akan memberi saingan hebat buat La La Land, gagal menyerlah.
Ia bagaimanapun tetap berjaya membawa pulang Filem Terbaik (Drama).
Antara pemenang-pemenang lain ialah Aktres Komedi Terbaik (Tracee Ellis Ross), Tom Hiddleston (Aktor Terbaik - Siri Terhad) dan Zootopia (Filem Animasi Terbaik).
Anugerah Golden Globes, saban tahun disifatkan sebagai 'pra Oscar', kerana ia dikatakan menjadi indikasi pemenang di Anugerah Akademi kelak.
Topic Berkaitan
#Anugerah Golden Globes
#drama
#filem
#Hollywood
#televisyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan