awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

La Luna filem pecah tanah One Cool Film! Tampilkan Shaheizy Sam, Sharifah Amani

Gempak
Gempak
04/06/2023
09:00 MYT
La Luna filem pecah tanah One Cool Film! Tampilkan Shaheizy Sam, Sharifah Amani
Selain Shaheizy dan Sharifah Amani (tengah), La Luna turut menampilkan Namron, Iedil Putra, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid dan Nadiya Nissa. -Gempak
PERKEMBANGAN industri perfileman tempatan yang semakin pesat berjaya menarik minat pelabur daripada China, One Cool Film untuk berkerjasama dengan tiga produksi tempatan menghasilkan filem, La Luna.
Filem kerjasama Singapura dan Malaysia terbitan Clover Films, Papahan Films dan Adrian Teh ACT 2 Pictures itu menampilkan dua nama besar, Shaheizy Sam dan Sharifah Amani sebagai teraju utama.
Penambahbaikan One Cool Film
Pengasas Clover Films, Lim Teck berkata, One Cool Film tidak hanya memberi pelaburan untuk membantu menerbitkan filem tersebut sebaliknya memberi pendapat dan pandangan penambaikan untuk filem tersebut.
"Kami amat berterima kasih atas sokongan daripada One Cool Film Malaysia. Bukan sahaja mereka melabur dalam filem itu, tetapi juga memberikan banyak sumber dan pendapat yang berharga.
“Ini adalah peluang kerjasama yang hebat untuk kami dan kami percaya bahawa ini boleh membawa lebih banyak pendedahan untuk filem buatan Singapura-Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pengarah filem pecah panggung, Paskal dan Wira, Adrian Teh pula berkata, pembabitan One Cool Film bakal memberi sinar untuk industri filem tempatan lebih maju ke hadapan.
"Penubuhan One Cool Film dalam Malaysia adalah berita yang luar biasa untuk industri filem tempatan.
“Saya benar-benar berharap bahawa kerjasama ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih besar dan akan ada lebih banyak peluang pada masa hadapan,” ujarnya.
Dalam pada itu, One Film Film juga merancang untuk menerbitkan beberapa filem lain tahun ini dan dalam pada yang sama, berhasrat untuk melabur dalam penerbitan beberapa naskhah lain.
Selain itu, syarikat itu turut membuka peluang untuk bakat-bakat baharu mencuba nasib dalam beberapa filem terbitan mereka.
Selain Shaheizy dan Sharifah Amani, La Luna turut menampilkan Namron, Iedil Putra, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid dan Nadiya Nissa. -Gempak
Topic Berkaitan
#Shaheizy Sam
#One Cool Film
#One Film Film
#Sharifah Amani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan