awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi pelakon Korea Selatan ditemui mati

Agensi
Agensi
03/12/2019
11:06 MYT
Lagi pelakon Korea Selatan ditemui mati
Cha In-ha yang berusia 27 tahun itu dipercayai mati setelah ditemui tidak sedarkan diri oleh pengurusnya sendiri. -Foto Instagram@chainha_715
INDUSTRI hiburan Korea Selatan sekali lagi digegarkan dengan berita kematian mengejut pelakon lelaki berusia 27 tahun, Cha In-ha selepas dia ditemui tidak sedarkan diri oleh pengurusnya sendiri.
Memetik laporan berita tempatan, pelakon drama Love With Flaws yang sedang ditayangkan di kaca tv seluruh Korea Selatan itu ditemui mati pada Selasa.
Namun begitu, sehingga kini polis masih belum mengumumkan sebarang butiran lanjut mengenai kes kematian pelakon itu dan siasatan kini giat dijalankan.
Agensi pengurusan aktor itu iaitu Fantagio berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan mereka turut diarah untuk mencari maklumat lanjut.
Malah, pihak pengurusan itu turut mengeluarkan kenyataan mengenai insiden malang itu dan menyeru agar para peminat tidak menyebarkan berita palsu mengenai kematian mendiang.
“Kami sangat berharap agar tiada berita palsu disebarkan di mana-mana platform media sosial.
“Kami juga meminta anda supaya menghormati ahli keluarga mendiang yang kini berdepan dengan kesedihan besar,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, menerusi muat naik terakhir Cha In Ha di laman Instagram, aktor itu sempat menyampaikan mesej terakhirnya pada Isnin.
"Semua orang, berhati-hati", dengan gambarnya sedang memegang telefon bimbit.
View this post on Instagram
다들 캄기조심⛄️
A post shared by 차인하 (@chainha_715) on
Dec 2, 2019 at 2:10am PST
Kematian In-ha mengejutkan semua pihak dan ia kurang daripada dua minggu selepas insiden bintang K-pop Goo Hara, 28, yang juga ditemui mati serta seorang lagi bintang K-pop Sulli, 25 tahun, yang meninggal dunia dipercayai akibat bunuh diri. BACA: Gagal dihubungi, pengurus temui Sulli mati di rumahnya
BACA: Penyanyi K-pop Goo Hara ditemui meninggal dunia
Topic Berkaitan
#bunuh
#bunuh diri
#hiburan
#Instagram
#keluarga
#Korea
#Korea Selatan
#lelaki
#mati
#Media
#media sosial
#meninggal dunia
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan