awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS

Gempak
Gempak
09/07/2023
07:03 MYT
Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS
Putri pernah meluahkan rasa teruja apabila lagunya didengar oleh anggota kumpulan K-Pop terkenal, BTS Jungkook sekitar Mac lalu. - Gempak
PENYANYI Putri Dahlia mengucapkan rasa syukur apabila lagunya yang berjudul Old Love menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records (MBOR).
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Putri menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Sabtu.
Menurut Putri, lagu tersebut menerima anugerah bagi kategori The Most Streams Of A Spotify Song.
“Inilah saatnya… Alhamdulillah, hari ini 7 Julai 2023, Old Love menjadi lagu spotify yang paling banyak distrim di Malaysia dan kami mendapat anugerah dalam The Malaysia Book Of Records.
“Ketika lagu ini dihasilkan, Yuji berusia 19 tahun dan saya berumur 18 tahun. Hanya dua orang remaja yang mempunyai impian dan menyukai muzik.
“Tidak pernah menyangka saya akan mencapai apa-apa seperti ini, maaf saya agak emosi tetapi ini sangat besar untuk saya, terima kasih atas sokongan anda semua,” coretnya.
Dalam pada itu, Putri juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak berputus asa memberika sokongan kepadanya.
“Malaysia’s Record of Most Streams, segalanya terima kasih kepada anda semua yang menyukai lagu tersebut.
“Harap lagu ini telah mengubah hidup, membuat sebahagian daripada anda jatuh cinta. Kami berasa gembira dapat membuat lagu untuk semua orang.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada @yujikyunn untuk membuat kerjasama ini berlaku setahun yang lalu,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by @itzputridahlia
Terdahulu, Putri yang juga merupakan anak kepada penyanyi, Datuk Nora Arffin pernah meluahkan rasa teruja apabila lagunya didengar oleh anggota kumpulan K-Pop terkenal, BTS Jungkook sekitar Mac lalu. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Putri Dahlia
#Old Love
#Nora Ariffin
#Jungkook
#BTS
#mbor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan