Namun, majalah terkenal Malaysia Tatler telah menukarkan gaya dan wajah Pandelela untuk menghiasi sampul hadapan majalah tersebut untuk edisi Ogos.
Pandelela disarungkan busana daripada pereka antarabangsa antaranya Burberry, Gucci, Fendi, Bally, Michael Kors serta dipakaikan aksesori Tory Burch dan Corum.
Manakala, sentuhan Cat Yong untuk solekan dan CKay Liow untuk tatagaya rambutnya menjadikan gadis berusia 24 tahun itu persis gaya supermodel.
Dalam edisi terbaharu majalah berbahasa Inggeris itu, Pandelela bercerita mengenai permulaan langkahnya menjadi atlet dan saat bungkam ketika berjauhan daripada keluarganya.
Sempena Sukan Sea 2017, Pandelela bakal bersaing untuk acara terjun.
Terdahulu, Pandelela pernah mengharumkan nama negara menjadi atlet wanita sulung yang menjuarai medal dalam sukan Olimpik tahun 2012 di London untuk acara 10 meter platform individu.
Pada Olimpik tahun 2016 di Rio pula, Pandelela bersama Cheong Jun Hoong telah memenangi pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama.
Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk Temasya Sukan Sea 2017 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos nanti.
Jom lihat foto-foto Pandelela yang pasti buat anda terkesima!
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: Malaysia Tatler