awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba selamatkan remaja 13 tahun dalam kebakaran pangsapuri
KTMB tawar tambang percuma, tren 24 jam sempena Thaipusam
Mainoo kekal di Old Trafford, kepercayaan Carrick ubah masa depan bintang muda United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Laksamana Sunan' bakal ke layar perak

Shafizan Johari
Shafizan Johari
22/10/2017
09:38 MYT
'Laksamana Sunan' bakal ke layar perak
Novel 'Bagaikan Puteri' mengisahkan Haryani yang berasal dari kurun-21 tercampak ke kurun ke-15 dan bertemu Laksamana Kesultanan Acheh, Saifuddin Jalis atau juga dikenali sebagai Laksamana Sunan. - Foto Astro AWANI
Filem adaptasi “Bagaikan Puteri” tulisan Ramlee Awang Murshid akan diadaptasi ke layar perak tidak lama lagi.
Malah, penulis novel thriller terkemuka negara itu mendedahkan pihaknya sudah meneliti skrip filem itu dan sudah masuk draf ketiga.
Menurut Ramlee, pihaknya sedang mencari pelakon yang sesuai untuk memegang watak Laksamana Sunan dan pemilihan bakal melibatkan beberapa pelakon tempatan dan luar negara.
“Paling memeningkan saya sekarang ialah skrip dan individu yang paling layak untuk membawa watak Laksamana Sunan,” jelas Ramlee ketika ditemui di Astro AWANI baru-baru ini.
Bakal menyaksikan kerjasama antara syarikat milik Ramlee dan Astro Shaw, Ideate Media serta Grup Buku Karangkraf, ini merupakan kerjasama kedua dengan keempat-empat syarikat itu selepas kerjasama terjalin untuk filem “Tombiruo: Penunggu Rimba”.
Setakat ini, 'Tombiruo: Penunggu Rimba' berjaya mengutip RM4 juta selepas seminggu ia ditayangkan di pawagam
Novel “Bagaikan Puteri” mengisahkan Haryani yang berasal dari kurun-21 tercampak ke kurun ke-15 dan bertemu Laksamana Kesultanan Acheh, Saifuddin Jalis atau juga dikenali sebagai Laksamana Sunan.
Topic Berkaitan
#Alaf 21
#Astro Shaw
#Buku
#Farid Kamil
#filem
#Karangkraf
#kutipan
#Laksamana
#novel
#Ramlee Awang Murshid
#sunan
#thriller
#Tombiruo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan