PELAKON dan anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup selepas dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung baru-baru ini.
Sudah mengucap dan tinggal pesanan pada isteri
Menurut Azlee, perkara pertama yang terdetik di fikirannya ketika kejadian itu berlaku adalah tentang keadaan isteri dan anak-anaknya.
“Ketika kejadian berlaku saya sudah pandang muka isteri saya, muka anak saya yang sulung. Pada ketika itu pemikiran saya teringatkan tentang anak saya yang belajar di sebuah kolej di Melaka.
“Saya pun sudah mengucap dan saya kata Ya Allah kalau Kau nak ambil saya… Saya reda sebab saya sudah tidak tahan sangat. Tapi Allah masih sayangkan saya,” katanya.
Azlee berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Saka Perawan bertempat di GSC, The Starling, Petaling Jaya pada Rabu.
Lambat lima minit boleh hilang nyawa
Mengimbas kembali detik cemas tersebut, Azlee berkata nyawanya mungkin hilang sekiranya terlewat lima minit sampai ke hospital.
“Pada ketika itu, saya sudah mengucap banyak, saya minta Allah ampunkan dosa saya.
“Saya cakap dengan isteri dan juga anak untuk ampunkan dosa saya. Saya pesan pada isteri jagalah anak saya yang berada di Melaka yang sedang belajar.
“Meleleh air mata saya… Tetapi oleh kerana saya ini bernasib baik, kejadian itu berlaku di rumah dan isteri serta anak-anak saya dengan pantas membawa saya ke klinik. Alhamdulillah, saya dapat diselamatkan.
“Semasa tiba di IJN, doktor kata sekiranya saya lambat lima minit tiba di hospital saya gone, maknanya saya sudah tidak ada lagi dalam dunia ini.
“Sebab itu saya rasa amat bersyukur. Seramai 15 orang doktor yang bertungkus lumus merawat dan cuba menyelamatkan saya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, kesihatan Azlee kini semakin stabil selepas melakukan prosedur peletakan sten di Institut Jantung Negara (IJN) pada 6 Jun lalu.
Selain itu Azlee juga dinasihatkan untuk berehat selama sebulan bagi memberi fokus untuk proses penyembuhan.
Terdahulu, Azlee telah dibawa ke klinik berdekatan rumahnya selepas mengalami kesukaran bernafas, sebelum dinasihatkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).
HSB kemudiannya membawa Azlee ke IJN untuk menerima rawatan lanjut, sebelum menjalani pembedahan dan prosedur meletakkan sten pada hari sama.
*Artikel disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Jun 13 2024
Menurut Azlee, perkara pertama yang terdetik ketika difikirannya ketika kejadian itu berlaku adalah tentang keadaan isteri dan anak-anaknya. - Foto Gempak
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
“Lambat 5 minit, saya mungkin sudah tiada…” - Azlee Senario bersyukur
Azlee bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup selepas dikejarkan ke Institut Jantung Negara akibat serangan jantung.
PM beri sumbangan kepada Azlee Senario
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Anwar, Farhan Fauzi bagi mewakili Perdana Menteri.
Azlee Senario dikejarkan ke IJN
Berita itu dimaklumkan oleh pelawak, Ropie menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Khamis.