BEKAS isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana menegaskan dia sentiasa memaklumkan setiap pergerakan dan aktiviti hariannya kepada bekas suami.
Jelas Puteri Sarah, tidak timbul isu dakwaan langgar iddah selepas mereka sah bercerai pada 13 Jun lalu.
"Iddah ni, kalau macam suami mati, baru dia berkabung duduk di rumah dan tak boleh berhias. Macam Sarah, disebabkan tuntutan kerja.
"Dia memang tahu Sarah kerja, shooting. In fact, hari tu Sarah pergi Jakarta pun dia tahu. So tiada masalah," jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 di Sungai Penchala, Damansara pada Selasa.
Biarpun menerima pelbagai reaksi negatif netizen berkenaan dakwaan langgar iddah, Puteri Sarah tetap tenang dan perlu memperbetulkan tanggapan salah segelintir pihak.
Sementara itu, selepas sebulan sah bercerai dengan Syamsul, Puteri Sarah mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan gembira untuk memulakan kehidupan baharu.
"Lepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa and spend time dengan anak-anak dan hubungan dia dengan mereka semakin baik," ujarnya.
Untuk rekod, Syamsul, 39, dan Puteri Sarah, 38, sah bercerai talak satu pada 13 Jun 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. -- Gempak
Gempak
Wed Jul 12 2023
Selepas sebulan sah bercerai dengan Syamsul, Puteri Sarah mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan gembira untuk memulakan kehidupan baharu. - Gempak
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
"Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand" - Puteri Sarah
Puteri Sarah minta Syamsul tidak memutarbelitkan situasi dengan meletakkan kesalahan di atas bahunya.
Puteri Sarah, Syamsul Yusof dikurnia bayi lelaki, namakan Syaikhul Islam
Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi.