ENTERTAINMENT
Lebih 6,000 pengunjung serbu ‘Hello Miri!’, buah tangan Astro untuk komuniti Sarawak

Hello Miri dimeriahkan dengan kehadiran lebih 5,000 hingga 6,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran. -Gambar Astro
MIRI: Lebih 6,000 pengunjung membanjiri Permaisuri Imperial City Mall sepanjang tiga hari penganjuran program Hello Miri, iaitu buah tangan istimewa Astro buat warga Sarawak yang menjadi sebahagian daripada siri jelajah menjelang Konsert MeleTOP TVS.
Ringkasan AI
- Lebih 6,000 pengunjung hadir ke program Hello Miri anjuran Astro selama tiga hari di Permaisuri Imperial City Mall, menampilkan hiburan, interaksi peminat dan persembahan artis popular.
- Program ini menjadi platform strategik untuk mengukuhkan hubungan antara artis dan komuniti tempatan, serta mempromosikan kandungan Astro seperti Konsert MeleTOP TVS dan pelan langganan eksklusif Astro One.
- Astro merancang untuk meneruskan siri jelajah ini ke lokasi lain, termasuk kawasan luar bandar, bagi memperkenalkan kandungan menarik dan bakat baharu kepada khalayak yang lebih luas.
“Sambutan luar biasa mewarnai penganjuran Hello Miri apabila lebih 5,000 hingga 6,000 pengunjung membanjiri lokasi acara sepanjang tiga hari. Dari belia ke keluarga, dari peminat setia,” katanya.
Beliau turut menyifatkan Hello Miri sebagai platform strategik yang melangkaui sekadar persembahan pentas, malah berperanan mengukuhkan hubungan antara artis dan peminat.
“Kehadiran peminat dari pelbagai daerah di Sarawak jelas membuktikan sokongan padu terhadap barisan artis popular tanah air serta kandungan yang dibawakan oleh Astro.
“Hello Miri adalah sebahagian daripada Siri Jelajah Astro iaitu acara prasambutan menjelang Konsert Meletop TVS pada 17 Mei ini.
"Ia bukan sekadar hiburan, tetapi pengalaman yang memperkukuhkan Astro sebagai Home of Entertainment,” ujarnya.
Barisan artis yang menceriakan pentas termasuk Kaka Azraff, Tomok, Wani Kayrie, Niki Palikat, Ayu Damit, Dinda, Firdaus Rahmat, Nadhir Nasar dan Mierul Aiman, selain kemunculan istimewa dua bintang dari Singapura,Tyler Ten dan Zhang Zetong yang menerima sambutan luar biasa.

Dua bintang siri popular 'Little Nyonya' dari Singapura,Tyler Ten dan Zhang Zetong bergambar bersama peminat di Miri. - Gambar Astro
Selain itu, antara sorotan utama sepanjang acara termasuk promosi eksklusif Astro One pada harga RM39.99 sebulan untuk penduduk Sabah dan Sarawak, yang mendapat sambutan menggalakkan.
Persembahan artis Borneo seperti Ayu Damit, Adira dan Niki Palikat juga membakar semangat pentas, diserikan pula dengan aktiviti interaktif seperti tarian poco-poco bersama peminat dan kemunculan hos TVS yang mencuit suasana.
“Suasana semakin meriah apabila hari terakhir menyaksikan kehadiran paling padat.
"Hello Miri bukan sekadar acara — ia adalah pengalaman yang menghubungkan kandungan, bakat dan komuniti, serta bukti nyata pendekatan Astro yang lebih dekat dengan rakyat,” tambah Zach.
Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Kumpulan Astro, Benjamin Woo turut berkongsi rasa syukur atas sambutan hebat yang diterima daripada warga Miri.
“Semestinya, kami amat gembira dan berterima kasih atas sambutan yang telah diberikan oleh warga Miri untuk siri jelajah Hello ini.
“Sambutan luar biasa di Hello Miri membuktikan bahawa masyarakat menjadikan kandungan Astro sebagai pilihan tontonan mereka tidak kira masa dan di mana jua,” katanya.
Astro merancang untuk meneruskan siri jelajah ini ke lokasi-lokasi lain, menyasarkan kawasan luar bandar sambil membawakan kandungan menarik dan memperkenalkan bakat-bakat baharu kepada khalayak yang lebih luas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami