SEORANG lelaki Ohio yang disabitkan atas kesalahan mengintip bintang Hollywood, Gwyneth Paltrow, 15 tahun lalu didapati tidak bersalah atas pertuduhan dalam kes terbaharu terhadapnya, menurut pejabat peguam daerah Los Angeles.
Lapor Reuters, Dante Michael Soiu, 67, dibebaskan daripada pertuduhan mengintip dalam satu kes mahkamah yang turut melibatkan kehadiran Paltrow untuk memberikan keterangan.
Pelakon berusia 43 itu memberitahu pihak juri sambil menangis bahawa beliau risau tentang keselamatan beliau dan keluarganya setelah menerima berpuluh-puluh surat dari Soiu.
Paltrow turut membaca beberapa surat itu di hadapan juri.
Namun, Soiu memberitahu bahawa surat itu adalah usaha untuk memohon maaf kepada Paltrow.
Dalam kes sebelum ini, Soiu dijatuhkan hukuman pada Disember 2000 kerana menghantar surat kepada Paltrow yang mempunyai unsur grafik seksual dan pernah muncul di hadapan rumah ibu bapa Paltrow sebanyak dua kali.
Sebelum ini, Soiu bekerja sebagai penghantar pizza.
Agensi
Thu Feb 18 2016
Tertuduh dibebaskan dari pertuduhan mengintip dalam satu kes mahkamah yang turut melibatkan kehadiran Paltrow (gambar) untuk memberikan keterangan.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Gwyneth Paltrow bertunang dengan penerbit televisyen
Aktres, dan pengasas Goop Gwyneth Paltrow, 45 tahun mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan penulis skrip dan penerbit televisyen, Brad Falchuk.
Hartanah mewah Jennifer Aniston, JLO dan Arnold terancam akibat kebakaran LA
Beberapa kediaman mewah dan rata-ratanya mahal di dunia milik selebriti Hollywood diancam kebakaran hutan terbesar di Los Angeles.
Lelaki 67 tahun bebas pertuduhan mengintip Gwyneth Paltrow
Dante Michael Soiu dibebaskan daripada pertuduhan mengintip dalam sebuah kes mahkamah yang turut dihadiri Paltrow untuk memberikan keterangan.
Gwyneth dikecam akibat gelaran wanita tercantik
Majalah "People" dikecam apabila ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan Gwyneth Paltrow dinobatkan sebagai wanita tercantik 2013.