awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lerai spekulasi, Jue Aziz kembali bergelar isteri, nikah Ogos lalu

Gempak
Gempak
09/09/2024
11:00 MYT
Lerai spekulasi, Jue Aziz kembali bergelar isteri, nikah Ogos lalu
Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu. -Gempak
PELAKON Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.

Ringkasan AI
  • Pelakon Jue Aziz umum telah berkahwin dengan seorang bernama Ridwan pada 18 Ogos lalu dalam satu majlis yang dihadiri keluarga terdekat.
  • Rakan selebriti dan pengikut di Instagram menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.
  • Jue pernah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel, pada 2014 tetapi berpisah pada 2019. Mereka mempunyai seorang anak angkat bernama Darwish Naufal.

Nikah Ogos Lalu
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz berkongsi momen pernikahan mereka yang berlangsung meriah dihadiri keluarga terdekat.
Dalam video tersebut, kedua pasangan pengantin manis mengenakan busana serba putih.
“And whatever of blessings and good things you have, It is from Allah,” tulis Jue ringkas.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan pengikut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan itu.
Terdahulu, Jue memuat naik sebuah klip pendek yang memaparkan dia mengenakan busana serba putih di atas pelamin.
Ternyata perkongsian tersebut membuat ramai berteka-teki dengan status pelakon tersebut.
Untuk rekod, Jue pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik dari Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel pada 2014 namun jodoh tidak panjang apabila mereka berpisah pada 2019.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil seorang anak angkat yang bernama Darwish Naufal, 11. -Gempak
Topic Berkaitan
#Jue Aziz
#Ridwan
#sah bergelar isteri
#Nikah Ogos Lalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan