awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lizzo disaman buat gangguan seksual, rasis hingga hina fizikal penari

Gempak
Gempak
03/08/2023
07:34 MYT
Lizzo disaman buat gangguan seksual, rasis hingga hina fizikal penari
Saman itu mendakwa Lizzo (kanan, depan) telah melakukan gangguan seksual, mencipta persekitaran kerja tidak sihat sehingga membuat pekerja bermusuhan, rasis terhadap agama dan warna kulit. - Gambar fail/REUTERS
PENYANYI yang kerap melaungkan slogan sayangi diri meski tidak memiliki tubuh badan idaman, Lizzo berdepan saman daripada tiga bekas penarinya.
Mereka adalah Arianna Davis, Crystal Williams dan Noelle Rodriguez yang merupakan penari dalam siri konsert penyanyi yang terkenal dengan lagu Truth Hurts.
Antara isi saman yang difailkan di Los Angeles itu, mendakwa Lizzo telah melakukan gangguan seksual, mencipta persekitaran kerja tidak sihat sehingga membuat pekerja bermusuhan, rasis terhadap agama dan warna kulit.
Lizzo juga didakwa menghina fizikal atau bentuk tubuh sebelum memecat penarinya dalam sebuah mesyuarat.
Menerusi laporan The Guardian semua kejadian tersebut berlaku di antara tahun 2021 sehingga 2023.
Salah seorang penari mendakwa telah dipaksa menyentuh tubuh seorang penari bogel di sebuah kelab di Amsterdam. Lebih teruk, Lizzo didakwa memaksa mereka melakukan perbuatan jijik seperti memakan pisang pada penari bogel wanita di kelab tersebut.
Lizzo juga dikatakan kerap berbual lucah dan berkongsi mengenai fantasi seks bersama para penarinya.
Dia juga didakwa telah memaksa para penari menjalani uji bakat selama 12 jam sebelum menuduh mereka mabuk sewaktu bekerja. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Lizzo
#gangguan seksual
#disaman
#penari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan