HIBURAN
Lokasi konsert Krisdayanti ditukar ke PICC

Krisdayanti bakal tampil selepas lapan tahun, diiringi orkestra pimpinan Erwin Gutawa, bersama penampilan istimewa Mimi Fly dan Khai Bahar.
KUALA LUMPUR: Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang sepatutnya diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 22 Jun ini, ditukarkan ke lokasi baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ringkasan AI
- Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti dipindahkan ke PICC, Putrajaya, bagi memastikan keselesaan penonton berbanding lokasi asal di Axiata Arena Bukit Jalil.
- Krisdayanti bakal tampil selepas lapan tahun, diiringi orkestra pimpinan Erwin Gutawa, bersama penampilan istimewa Mimi Fly dan Khai Bahar.
- Tiket konsert boleh didapati antara RM154 hingga RM448 menerusi pautan rasmi yang disediakan oleh penganjur Jaguh Baru.
Pada konsert kali ini, persembahan Krisdayanti dijadualkan diiringi susunan muzik orkestra di bawah arahan pengarah muzik tersohor Erwin Gutawa.
Lebih istimewa, dua bintang tanah air Mimi Fly dan Khai Bahar akan menyerikan pentas sebagai penyanyi undangan khas.
Peminat boleh dapatkan tiket melalui pautan https://cintanostalgia.ubertickets.asia pada harga RM154 hingga RM448.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami