awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LPF sahkan 'Polis Evo 2' lulus bersih, ditayang dengan klasifikasi P13

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2018
11:55 MYT
LPF sahkan 'Polis Evo 2' lulus bersih, ditayang dengan klasifikasi P13
LPF memaklumkan 'Polis Evo 2' tidak mengandungi sebarang elemen yang memburukkan agama Islam. - Facebook
Filem Polis Evo 2 diklasifikasikan lulus bersih (LB) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan tidak mempunyai sebarang isu untuk ditayangkan mengikut jadual.
Menerusi satu kenyataan media, LPF memaklumkan filem berkenaan tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk kepada agama Islam.
"Tiada percanggahan dengan mana-mana peruntukan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri, dan diluluskan untuk tayangan dengan klasifikasi P13," kenyataan itu menyebut.
Sebelum ini, terdapat dakwaan daripada beberapa pihak bahawa filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu memberi gambaran buruk tentang Islam, menerusi watak Hafsyam Jauhari lakonan Hasnul Rahmat yang membawa imej Islamik dengan pemakaian serban.
Filem yang diterajui Zizan Razak dan Shaheizy Sam itu akan mula ditayangkan di seluruh negara 22 November ini.
Polis Evo 2 mengisahkan tentang misi pengintipan yang diketuai Inspektor Sani, lakonan Zizan dan Inspektor Khai (Shaheizy) di sebuah pulau terpencil di Pantai Timur. Misi itu berdepan cabaran apabila sekumpulan pengganas menyerang dan menawan pulau tersebut.
Topic Berkaitan
#agama
#filem
#Islam
#Kementerian Dalam Negeri
#Lembaga Penapisan Filem
#LPF
#P13
#Polis Evo 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan