awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M for Malaysia: Kisah harapan dan perpaduan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
10/09/2019
04:13 MYT
M for Malaysia: Kisah harapan dan perpaduan
Dokumentari ini akan mula ditayangkan secara eksklusif di pawagam terpilih selama empat hari bermula pada 12 September 2019.
Dokumentari "M for Malaysia" bukanlah filem propaganda mengenai kejayaan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tetapi sebuah filem yang memaparkan penyatuan dan perdamaian rakyat negara ini dalam memilih masa depan mereka.
Bagi pengarah filem Ineza Roussille, filem berkenaan digarap daripada momen disebalik tabir yang melingkari perjalanan dalam mengubah landskap politik negara.
"Ketika kami memulakan proses penyuntingan kami sudah menetapkan untuk tidak membuat filem propaganda.
"Prinsip utama kami adalah kejujuran dalam menceritakan apa yang berlaku kerana kita semua ada konflik dengan politik pada waktu itu dan itulah yang membuatkan filem ini unik," kata Ineza.
BACA: 'M for Malaysia' sebuah ingatan untuk menteri-menteri PH
BACA: Dokumentari 'M for Malaysia' bakal ke Busan International Film Festival!
Proses pengambaran filem M for Malaysia mengambil masa 16 hari dan merakamkan peristiwa yang melingkari Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Mengulas lanjut, Ineza berkata walaupun Tun Dr Mahathir merupakan watak utama yang menjadi nadi utama mengerakkan jalan cerita filem berkenaan tetapi ia bukan semata-mata mengenai beliau.
"Ia mempunyai gambaran yang lebih besar mengenai apa yang (buat) rakyat Malaysia bersatu ketika PRU14 dan lakukan perubahan ini.
"Ia bukan mengenai seorang lelaki tetapi apa yang boleh kita capai jika kita bersatu dan mengetepikan beban lampau dan ego kita," katanya lagi.
Dokumentari M for Malaysia akan ditayangkan bermula 12 sehingga 15 September ini di 34 pawagam terpilih di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#dokumentari
#filem
#M for Malaysia
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#neza Roussille
#perpaduan
#politik
#PRU14
#rakyat
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan