ENTERTAINMENT
Maaf, bukan Ariana Grande tapi Selena Gomez yang akan bersama Blackpink

Bukan sahaja Selena, malah kumpulan Blackpink juga pernah berkolaborasi bersama Dua Lipa menerusi lagu Kiss and makeup dan juga Lady Gaga menerusi lagu Sour Candy.
SEJAK syarikat rakaman YG Entertaiment mengumumkan bahawa kumpulan Kpop sensasi, Blackpink bakal berkolaborasi bersama seorang penyanyi misteri, media sosial mula 'menggila' dan meneka siapakah penyanyi tersebut.
Antara nama-nama yang disebut peminat adalah Ariana Grande dan juga Selena Gomez.
Namun segalanya terjawab apabila penyanyi yang popular dengan lagu Rare mengumumkan bahawa dia akan melancarkan sebuah lagu bersama kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Rose, Jennie dan Lisa.
Malah tanda pagar #SELPINK juga mula trending selepas pengumuman itu dibuat.
Lagu yang masih belum diketahui tajuknya itu akan dilancarkan pada 28 Ogos ini.
Bukan sahaja Selena, malah kumpulan Blackpink juga pernah berkolaborasi bersama Dua Lipa menerusi lagu Kiss and makeup dan juga Lady Gaga menerusi lagu Sour Candy.
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu kolaborasi Blackpink dengan Selena Gomez.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami