HIBURAN
Magis cinta Us the Duo

Us the Duo, pasangan duet suami isteri yang menempa nama selepas klip 6 saat mereka dimuat naik ke laman Vine.
Ketika ini, rasanya nama Us the Duo tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasangan duet suami isteri itu mula menempa populariti tahun lalu menerusi lagu No Matter Where You Are.
Dan kedatangan mereka ke Malaysia menggembirakan peminat-peminat mereka di sini, dan ini dibuktikan dengan reaksi netizen di laman sosial.
Pasangan ini juga nampaknya seronok dengan kunjungan pertama mereka di negara ini.
Buat penggemar mereka, kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang mereka.
Siapa mereka?
Pasangan suami isteri Michael, 26, dan Carissa Alvarado, 24 (sebelum ini Carissa Rae). Michael berasal dari North Carolina, Amerika Syarikat, manakala Carissa pula dibesarkan di California Selatan.
Melonjak popular
Pada mulanya, mereka memuat naik lagu-lagu cover ke Youtube, namun ia tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Sehinggalah mereka memuat naik klip 6 saat ke Vine, barulah mereka mendapat perhatian dan kemudiannya ditawarkan kontrak rakaman bersama Republic Records.
Pertemuan
Michael dan Carissa bertemu ketika mereka terlibat sebagai pelakon tambahan dalam sebuah video muzik pada Januari tahun 2011. Cerita Michael, dia jatuh cinta pandang pertama dengan Carissa dan cuba 'mengorat' Carissa melalui Twitter.
Lebih menarik, seorang rakan Michael mendedahkan Michael memberitahunya dia mahu mengahwini Carissa hanya selepas beberapa jam meluangkan masa bersama.
Berkahwin
'Buku Cinta'
Lagu mereka, No Matter Where You Are dipilih sebagai salah satu soundtrack untuk filem The Book of Life yang ditayangkan tahun lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami