awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maharaja Lawak Mega kembali, penyertaan pertama dari pelawak Brunei

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
09/10/2019
10:31 MYT
Maharaja Lawak Mega kembali, penyertaan pertama dari pelawak Brunei
Rancagan yang diacarakan oleh Datuk AC Mizal itu akan mula ditayangkan di Astro Warna ( 132 ) dan Astro Warna HD (124 ) bermula 1 November 2019 - Gambar Asyraf Roslan/ Astro AWANI
Sudah bersedia untuk gelak sampai tak ingat dunia?
Rancangan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM) kini kembali menghiburkan malam Jumaat anda.
Antara peserta MLM 2019 ialah Bocey (Abam, Fad, Achey) , Zero ( Atu, Syaiful, Syarif ) dan juga Juara Muzikal Lawak Superstar, Jborn yang dianggotai oleh Khir Rahman, Vicha dan Joey turut menyahut cabaran MLM musim ini.
Malah tahun ini juga MLM 2019 juga mendapat penyertaan daripada negara Brunei iaitu kumpulan Cali yang dibarisi Tony dan Khai.
Senarai itu diumumkan dalam satu sidang media yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu.
Namun, itu bukanlah senarai penuh peserta kerana tahun ini MLM 2019 akan kembalikan segmen 'Hot Seat' yang akan mempertaruhkan 12 kumpulan yang akan bersaing pada 25 Oktober ini untuk merebut tempat dalam pertandingan tersebut.
Peserta 'Hot Seat' MLM akan diadili oleh pengarah dan pelakon, Sabri Yunus, pelakon, Fasha Sandha dan Produser Filem, Mejar (K) David Teo.
Rancagan yang diacarakan oleh Datuk AC Mizal itu akan mula ditayangkan di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124) bermula 1 November 2019.
Untuk rekod, MLM musim pertama telah dimenangi oleh Osbon (Mr Os dan Abon) dan diikuti Jozan (Johan dan Zizan), Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim), Zero (Atu, Syaiful dan Sharif), Bocey (Achey, Abam, dan Fad) serta MLM 2018 di juarai oleh kumpulan Shiro (Shahrol dan Ajak).
Topic Berkaitan
#Astro WARNA
#Bocey
#Cali
#Datuk AC Mizal
#Jborn
#Maharaja Lawak Mega
#MLM 2019
#zero
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan