awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Perancis jatuhkan hukuman dalam kes rompakan Kim Kardashian

Bernama
Bernama
24/05/2025
05:45 MYT
Mahkamah Perancis jatuhkan hukuman dalam kes rompakan Kim Kardashian
Kardashian, 44, diserang pada malam 3 Okt 2016 di sebuah kediaman mewah di Paris. - GAmbar/ IG Kim Kardashian
PARIS: Sebuah mahkamah Perancis pada Jumaat mensabitkan lapan individu berkaitan kes rompakan terhadap selebriti Amerika Syarikat, Kim Kardashian pada 2016 selepas perbicaraan berprofil tinggi di Paris, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • Lapan individu disabitkan bersalah dalam kes rompakan bersenjata terhadap Kim Kardashian pada tahun 2016 di Paris; tujuh dijatuhi hukuman penjara antara 3 hingga 8 tahun, seorang dikenakan denda, dan dua lagi dibebaskan.
  • Pertuduhan melibatkan rompakan bersenjata, pemilikan senjata secara haram, pengurungan tidak sah, dan pemalsuan dokumen; kumpulan ini digelar "Grandpa Robbers" kerana purata usia mereka sekitar 60 tahun.
  • Kejadian berlaku pada 3 Oktober 2016, di mana Kardashian diserang dan barang kemas bernilai jutaan euro dilarikan, yang sehingga kini masih belum ditemui.

Tujuh daripadanya dijatuhi hukuman penjara antara tiga hingga lapan tahun, manakala sebahagian hukuman digantung pelaksanaannya.
Seorang lagi dikenakan denda, manakala dua tertuduh dibebaskan.
Pertuduhan terhadap sembilan lelaki dan seorang wanita itu merangkumi rompakan bersenjata, pemilikan senjata secara haram, pengurungan secara tidak sah serta pemalsuan dokumen.
Media Perancis menggelar kumpulan ini sebagai "Grandpa Robbers" kerana purata usia mereka mencecah 60 tahun.
Kesemua tertuduh dibicarakan sejak akhir April lalu.
Kardashian, 44, diserang pada malam 3 Okt 2016 di sebuah kediaman mewah di Paris.
Perompak berkenaan melarikan barang kemas bernilai beberapa juta euro yang sehingga kini masih belum ditemukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kim Kardashian
#kes rompakan bersenjata
#Paris
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami