HIBURAN
Mahkamah sahkan lelaki misteri bukan bapa Jennie Blackpink

Mahkamah Korea Selatan menolak dakwaan seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai bapa kandung Jennie Blackpink kerana tiada bukti selain kenyataan sendiri. -Gambar fail
SEOUL: Mahkamah Korea Selatan menolak dakwaan seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai bapa kandung kepada bintang K-pop, Jennie Blackpink, selepas mendapati tiada bukti menyokong tuntutan tersebut.
Ringkasan AI
- Mahkamah Korea Selatan menolak dakwaan seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai bapa kandung Jennie Blackpink kerana tiada bukti selain kenyataan sendiri.
- Lelaki tersebut menggunakan nama dan imej Jennie dalam buku yang diterbitkan, namun mahkamah mengarahkan semua salinan buku itu dihapuskan serta-merta.
- Mahkamah memutuskan bahawa hak peribadi Jennie telah diceroboh dan defendan perlu menanggung semua kos guaman dan perbicaraan, sementara pihak pengurusan Jennie belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Namun, mahkamah menyatakan bahawa “tiada bukti menyokong dakwaan defendan selain kenyataan sendiri,” dan rekod rasmi daftar keluarga menunjukkan individu lain sebagai bapa kandung Jennie.
Mahkamah turut mengarahkan semua salinan buku yang diterbitkan oleh A dihapuskan serta-merta.
Walaupun tiada tuntutan harta difailkan, mahkamah memutuskan bahawa hak peribadi Jennie telah diceroboh dan memerintahkan defendan menanggung semua kos guaman dan perbicaraan.
Setakat ini, pihak pengurusan Jennie masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami