MENGAMBIL inspirasi daripada kisah benar, MALBATT: Misi Bakara kini sudah bersedia untuk menggegarkan pawagam di seluruh negara pada 24 Ogos 2023.
Mengusung genre aksi dan patriotik, filem arahan Adrian Teh berdasarkan kisah benar tahun 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia dalam kejadian Black Hawk Down.
Menurut Adrian, dia hanya berdepan dengan kesukaran dari segi membuat skrip kerana ingin memastikan momen dan pengorbanan setiap watak disampaikan dengan baik memandangkan filem itu berdasarkan kisah benar.
"Bagi saya, kesukaran ketika nak buat skrip sebab nak pastikan momen, pengorbanan setiap watak disampaikan dengan betul. Dari segi screen time tak ada masalah.
"Filem ini memang 90 peratus adalah benar. Benda-benda kecil itu pun memang benar berlaku sebagai contoh dialog Hairul yang mengatakan Malaysia berada di tengah-tengah antara Thailand dan Singapura.
"Tapi ada beberapa bahagian diletakkan sedikit hiburan untuk pastikan ia lebih dekat dengan penonton terutama watak Isa (lakonan Safwan Nazri)," kata Adrian ketika sidang media previu filem itu yang didakan di GSC Cinema, IOI City Mall 2, Putrajaya pada Selasa.
Untuk meraikan filem yang bakal pecah panggung ini, malam gala yang gemilang telah turut dihadiri tokoh ulung termasuklah Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital.
Selain itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Sri Haji Affendi Buang, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Buang, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Datuk Kamil Othman, selaku Pengerusi FINAS dan Rozita Waty Ridzuan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif FINAS
Antara pelakon-pelakon ternama yang terlibat adalah Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi dan Tony Eusoff.
Di majlis tersebut, turut hadir memberi sokongan adalah rakan promosi filem MALBATT: Misi Bakara iaitu anak syarikat di bawah Berjaya Corporation, 7Eleven Malaysia, Starbucks Malaysia, Kenny Rogers Roasters, Krispy Kreme Doughnuts Malaysia, dan Cosway Malaysia.
MALBATT: Misi Bakara dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.
Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah Tan U-Jiun, wakil daripada Berjaya Corporation, Syed Ali Shahul Hameed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land, Budi Citawan, Wan Hanafi, Pengarah Urusan Berjaya Pictures dan Ketua Pegawai Eksekutif Act 2 Pictures, Datuk Razak Al-Malique Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes, Carla Soong, wakil Aurum Investments Limited, Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Screen Cinemas, dan Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara.
MALBATT: Misi Bakara menelusuri kisah sebenar keberanian dan dedikasi pahlawan-pahlawan Malaysia yang sanggup mengatasi segala rintangan untuk menegakkan nilai-nilai patriotisme dan solidariti.
Ia merupakan filem Malaysia pertama yang ditayangkan di layar IMAX dan juga tersedia dalam format 4DX dan Dolby Atmos. -Gempak
Gempak
Wed Aug 09 2023
Barisan pelakon Malbatt: Misi Bakara antaranya Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi dan Tony Eusoff. -Gempak
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Malbatt: Misi Bakara pupuk semangat patriotik melalui kisah benar
Filem "Malbatt: Misi Bakara" diyakini mampu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penonton kerana ia berdasarkan kisah misi dan perjuangan sebenar anggota Batalion Malaysia (Malbatt).
Hairul Azreen umum bersara jadi pelakon, Malbatt: Misi Bakara filem terakhir
Keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah puas berada di dalam industri lebih 15 tahun.
Disangka perang sebenar, pengarah cemas penggambaran 'Malbatt' hampir batal
Penggambaran filem itu yang melibatkan pelbagai aksi termasuk tembak-menembak dan letupan telah menimbulkan salah faham sehingga menjadi tular di negara tersebut.
Filem Malbatt: Misi Bakara mula tayang 24 Ogos depan
Pengarah filem Malbatt: Misi Bakara Adrian Teh memaklumkan filem yang mengangkat perjuangan kisah wira negara sekali gus dapat dijadikan inspirasi penonton akan mula ditayang bermula 24 Ogos ini.
Malbatt Misi Bakara bawa kisah hero sebenar Black Hawk Down
Filem Malbatt Misi Bakara bakal membawa standard baharu dalam industri perfileman tanah air.