awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mallika Sherawat diserang di Paris

Agensi
Agensi
18/11/2016
01:38 MYT
Mallika Sherawat diserang di Paris
Suspek-suspek berkenaan telah menyerang Mallika di lobi bangunan apartmen tempat mereka menginap di kawasan mewah di ibu kota Perancis pada 11 Nov. - Reuters/Fail
Aktres Bollywood Mallika Sherawat telah ditumbuk di bahagian muka dan disembur dengan semburan pemedih mata oleh penyerang yang bertopeng di sebuah kawasan komersial Paris, kata polis pada Khamis.
AFP melaporkan, bintang berusia 40 tahun itu dan temannya diserang oleh tiga suspek bertopeng yang cuba meragut beg tangannya.
Pasangan itu memberitahu polis bahawa suspek-suspek berkenaan telah menyerang mereka di lobi bangunan apartmen tempat mereka menginap di kawasan mewah di ibu kota Perancis pada 11 Nov.
Insiden itu berlaku selang beberapa minggu selepas bintang realiti TV Amerika Syarikat, Kim Kardashian diserang di Paris dalam sebuah rompakan. Dalam kejadian tersebut, sekumpulan penjenayah bertopeng berjaya mencuri barang kemas bernilai lebih daripada AS$10 juta.
Bagaimanapun, pihak penyiasat agak hairan kerana penyerang itu tidak dapat merampas beg tangan Mallika.
"Kami tidak faham mengapa penyerang meninggalkan lokasi tanpa mengambil apa-apa," kata sumber siasatan.
Mallika atau nama sebenarnya Reema Lambha mula menempa nama sejak tahun 2004 melalui sebuah filem yang menyentuh soal tabu iaitu isu seks.
Dia dikenali kerana wataknya dalam filem Murder selain pernah membintangi filem The Myth bersama bintang aksi Hong Kong, Jackie Chan, pada 2005.
Mallika juga seorang aktivis hak wanita dan sering menyelar situasi dalam masyarakat di India tentang tekanan dan layanan terhadap wanita.
Topic Berkaitan
#Bolywood
#mallika diserang
#Mallika Sherawat
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan