Pelakon Maria Farida telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan berusia 62 tahun, yang dikenali sebagai Datuk Rahman.
Pasangan mempelai ini dinikahkan dengan sekali lafaz pada pagi Khamis bertempat di Kuala Lumpur Golf Club (KLGC), Bukit Kiara di sini.
Maria telah menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 beserta sebentuk cincin.
Bagaimanapun tiada wang dan dulang hantaran diberikan oleh pihak lelaki.
Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis seperti Datin Seri Tiara Jacquelina, Fasha Sandha dan Ferhad.
Maria yang kelihatan anggun mengenakan busana rekaan Cosry itu, turut tersenyum sewaktu upacara menyarungkan cincin.
Difahamkan enam anak Rahman hasil perkahwinan terdahulu turut hadir bagi meraikan hari bahagia bapa mereka.
Pasangan itu juga dikatakan tidak mengadakan majlis persandingan.
Sebelum ini, Maria Farida telah dikurniakan seorang anak lelaki, Mizan Ashley, 18, hasil daripada perkahwinan pertamanya.
Pernikahannya dengan Rahman sekaligus menamatkan status Maria yang telah menjanda selama 10 tahun.
Terdahulu, tercetus kekecohan apabila seorang wanita yang mengakui dirinya isteri Rahman tampil dengan kenyataan di laman sosial mengatakan Maria merampas suaminya.
Maria bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan pasangan itu bercerai kerana masalah peribadi dan tiada kaitan dengannya.
Malah dia juga mendedahkan sudah bertunang dengan Datuk Rahman namun tidak memaklumkan tarikh pernikahan. - Olahan Semula: Mya Amri
Sumber: Harian Metro
Gempak
Fri Nov 27 2015
Maria yang kelihatan anggun mengenakan busana rekaan Cosry itu, turut tersenyum sewaktu upacara menyarungkan cincin. - Gambar Astro GEMPAK
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya
Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia sudah mempunyai 45 pasang baju raya untuk digayakan sempena Aidilfitri.
Fasha Sandha tepis tanggapan sedang hamil, muntah teruk sebab keracunan makanan
Masalah keracunan makanan tersebut berpunca daripada membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
'Kita lebih hargai yang follow' - Video kontroversi tak halang pengikut Fasha Sandha bertambah 25,000
Sentiasa bersikap positif, Fasha berkata bilangan pengikutnya kini melebihi jumlah yang menekan butang unfollow.
Didakwa menari sakan di IG untuk tayang badan kurus, ini respons Fasha Sandha
Menurut Fasha, dia sememangnya merupakan seorang yang periang dan gemar menari sejak dahulu lagi tanpa mengira keadaan bentuk badannya.
Afiq Shazwan jawab isu aksi mesra dengan Fasha Sandha
Kemesraan Afiq Shazwan dengan Fasha Sandha sekadar memenuhi tuntutan karakter dalam sebuah drama.
'Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15
Menurut Fasha, baju yang berharga mahal tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
Teruja diganding dengan Erra Fazira, Fasha Sandha dedah sikap sebenar idolanya
Fasha yang berkongsi gambar di balik tabir penggambaran drama itu di Instagram meluahkan perasaannya apabila pertama kali berlakon bersama pelakon kegemarannya itu.
Dikatakan terlalu kurus hingga nampak seperti sakit, ini respons Fasha Sandha
Fasha meluahkan rasa syukur masih diberikan kesihatan yang baik namun hatinya tergores disebabkan orang asyik mengatakan dirinya sakit.
Tak makan daging, ayam tips Fasha Sandha kembali dapat bentuk badan ideal
Jaga pemakanan dan imbangi dengan bersenam merupakan kunci kejayaan bagi seseorang untuk menurunkan berat badan.