awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN tidak kenakan penalti tahun pertama pelaksanaan STSDS
Kes kekecohan di Kampung Sungai Baru: Lapan individu akan dituduh - Polis
Pulau Pinang terus jadi tumpuan percutian, tempahan hotel capai 70 hingga 90 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mariani anak seni sejati dan berdedikasi - Keluarga

Hakim Rahman
Hakim Rahman
02/12/2015
07:02 MYT
Mariani anak seni sejati dan berdedikasi - Keluarga
Mariani menghembuskan nafas terakhirnya 7.32 malam Selasa dipercayai akibat kanser usus di rumah anak perempuannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul di sini. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seniwati filem Melayu, Mariani atau Mariam Ismail, 82, disifatkan sebagai anak seni yang cukup berdedikasi sepanjang kerjayanya.
Malah cintanya terhadap dunia lakonan melebihi harta dan wang ringgit.
Marini masih meneruskan minatnya itu walaupun telah mencecah usia emas namun terpaksa mengurangkannya kerana masalah kesihatan sejak kebelakangan ini.
Bagi Dian P.Ramlee minat yang ditunjukkan Mariani membuatkan dia disenangi semua.
"Jangankan newcomers, orang lama pun yang berlakon dengan dia pun terkejut sampai mereka berkata Aunty Mariani ini seorang pelakon yang dahsyat. Jika beliau diberi skrip yang panjang, beliau hanya memerlukan 'one take' saja, jadi bermakna ingatannya tetap tajam," kata Dian.
Ingatan Dian P. Ramlee terhadap dedikasi kerja Seniwati Mariani
Anak bongsu Mariani, Melissa Saila yang masih tidak membendung kesedihannya turut berkata ibunya merupakan seorang anak seni yang tidak pernah mengadu penat sepanjang kariernya sebagai anak seni. Sering menghabiskan masa bersama ibunya, Melissa sering berkongsi cerita ibunya tentang hidup dikelilingi anak wayang dan iltizam sewaktu menjalankan kerja. "Beliau tidak suka gagal dan jika sesiapa memberikannya 'task' dia akan melakukannya sebaik mungkin dan akan lakukan terbaik," katanya.
Ibu Melissa Saila sering memberikan yang terbaik sewaktu bekerja.
Mariani menghembuskan nafas terakhirnya 7.32 malam Selasa dipercayai akibat kanser usus di rumah anak perempuannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul di sini.
Jenazah disolatkan di Masjid Al Hidayah, Jalan Sentul sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Pusara Mariani ditempatkan bersebelahan pusara adiknya, biduanita negara Puan Sri Saloma dan biduan negara Tan Sri P.Ramlee. BACA: Perginya seniwati Mariani: Rakan artis bersedih, Najib utus ucapan takziah
Topic Berkaitan
#belasungkawa
#kanser usus
#Mariani
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan