BARU beberapa hari Captain Marvel ditayangkan, Marvel Studio telah mengumumkan satu berita baik buat peminat-peminat Marvel terutamanya di Asia.

Marvel Studio akan menerbitkan sebuah filem Adiwira Asia yang pertama iaitu Shang-Chi.

Shang-chi merupakan watak dalam komik Marvel yang mengisahkan seorang adiwira yang berketurunan China dan Amerika Syarikat.

Marvel Studio juga telah melantik Destin Daniel Cretton untuk mengarah filem superhero Asia pertamanya.

Terbitan yang julung kali diterbitkan oleh Marvel itu juga akan menampilkan watak Asia sebagai teraju utama filem itu nanti.

Namun watak asia yang akan dipilih sebagai teraju utama masih belum lagi diputuskan.

Tarikh penggambaran juga masih belum lagi didedahkan.