PEREKA fesyen Shanel Harun memaklumkan dirinya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada Sabtu lalu.
Kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu berlaku secara pantas ketika cuaca hujan lebat di kawasan terbabit, difahamkan usai Shanel menghadiri majlis pernikahan pelanggannya.
"Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab pada 11 Februari lalu, saya terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa saya di lebuh raya LPT.
"Sejujurnya, saya nak jelaskan apa yang berlaku pun saya tak mampu. Masa itu hujan lebat sangat dekat LPT, sesaat. In a second, dah terbabas kereta.
"Orang pertama saya call, adalah PA saya untuk minta maaf pada client yang saya sepatutnya jumpa.
"Orang kedua saya hubungan @sugardollbynn. I guess, my heart was never wrong to love her and count her as my friend. Dengan sarat mengandung, semua dia tinggalkan.
"Dari A-Z , dari cerah sampai ke malam. Sampai ke pagi buta. Allah hadirkan sahabat yang berkorban kudrat masa dan tenaga untuk pastikan saya dari Maran ke Temerloh dan pindah ke hospital pakar di Kuala Lumpur.
"Saya mohon maaf, mana yang saya tak terbalas. Kecederaan saya mengehadkan pergerakan saya, tapi saya akan cuba sehabis baik untuk get back to everyone," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Biarpun berdepan kecelakaan, Shanel memaklumkan dirinya masih dibelenggu rasa bersalah memikirkan tanggungjawab yang dipikulnya terhadap keluarga dan pelanggannya.
"Wallahi, atas nama yang Maha Esa. Yang pertama terlintas bukan kereta. Tapi kerja dan amanah yang ada di bahu saya. Pengantin, pelanggan, kakitangan, ibu dan bapa saya dan anak saya. Sebab ini semua hidup saya.
"10 tahun saya menjadi designer, belum pernah saya gagal untuk hadir bertemu sendiri dan siapkan pengantin. Mahal, murah, promo atau pakej, memang saya sendiri akan jumpa. Itu jiwa saya. Shanell Harun, nyawa saya. Passion saya," tambahnya.
Shanel yang sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu kota ketika ini masih menunggu laporan perubatan dan diagnosis dari doktor pakar ketika ini.
"Izinkan sehari dua lagi untuk saya mendapatkan full diagnos dari doktor pakar.
"Kemudian saya akan susun dan rancang sebaiknya untuk hari perkahwinan kalian. Percayalah, amanah yang kalian bagi disimpan rapi dengan nyawa saya.
"Selagi saya bernafas, saya akan usaha untuk jalankan tanggungjawab saya sehabis baik. Doakan untuk keputusan MRI saya esok. Terima kasih client yang faham dan terima keadaan saya.
"Maaf pada yang rasa saya malang dan menyusahkan. Kun Fayakun, I never ask for this. But indeed this is His best Plan and wishes for something that i have yet to know. But I will always have faith in Him," ujar Shanel lagi. -- Gempak
Gempak
Mon Feb 13 2023
Kemalangan yang hampir meragut nyawa Shanel itu berlaku secara pantas ketika cuaca hujan lebat di kawasan terbabit.- Gempak
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
"Masa tu hujan lebat di LPT, sesaat..." - Pereka fesyen Shanel Harun hampir maut
Pereka fesyen Shanel Harun memaklumkan dirinya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur pada Sabtu lalu.
Izara Aishah cantik macam 'mannequin' di malam berinai
Umum mengetahui pelakon popular Izara Aishah dan pasangannya Adib Khalid bakal melangsungkan pernikahan mereka pada hari ini.