PELAKON Putri Najuwa berharap penonton di luar sana dapat memberi sokongan dan kepercayaan kepada dirinya yang merupakan seorang pelakon baharu.
Putri Najuwa atau nama sebenarnya Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof, 32, berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi terhadap filem pertama lakonannya, Dubai My Love.
"Sejujurnya bukan mudah mendapatkan kepercayaan penonton untuk datang ke pawagam menonton filem berkenaan kerana kebanyakkan pelakon dalam filem itu adalah muka baharu.
"Jadi saya berharap agar orang di luar sana dapat memberi sokongan kepada kami yang merupakan muka-muka baharu untuk mewarnai dunia hiburan.
"Tanpa sokongan mereka mungkin bakat yang ada pada kami sukar untuk diketengahkan dan saya berharap penonton beri peluang untuk tonton filem ini.
"Meskipun terdapat banyak muka baru namun filem ini mempunyai daya tarikan tersendiri terutama lokasi penggambarannya yang dijalankan di Dubai," katanya kepada Astro Gempak.
Putri Najuwa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Dubai My Love, di Cathay Cineplexes, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Dubai My Love akan menemui penonton pada 26 Oktober ini di seluruh pawagam.
Selain Putri Najuwa, Dubai My Love turut dibintangi oleh Erwin Dawson dan Hanna Aqeela.
Gempak
Wed Oct 25 2017
Putri Najuwa atau nama sebenarnya Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof, 32 tahun, berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi terhadap filem pertama lakonannya, Dubai My Love.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
PRK: Ramanan nasihat calon fokus bertumpu bawa isu tempatan
Calon bertanding pada PRK DUN KKB perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat tempatan berbanding membincangkan hal-hal bersifat nasional dalam siri kempen mereka.
Masih baharu, Putri Najuwa harap penonton dapat beri kepercayaan
Putri Najuwa berharap penonton di luar sana dapat memberi sokongan dan kepercayaan kepada dirinya yang merupakan seorang pelakon baharu.
Terima kasih kerana mengahwini saya, sayang- Putri Najuwa
Dengan dua kali lafaz, pelakon Putri Najuwa selamat bergelar isteri dengan jejaka pilihan hatinya Muhammad Zaid Samsuri semalam.