HIBURAN
'Masih rasa macam mimpi' - Neera Azizi sah bergelar isteri

Neera Azizi sah bergelar isteri kepada Muhammad Hafizi Mohd Noor dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Subang Jaya. -Foto Gempak
PELAKON Neera Azizi kini selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Muhammad Hafizi Mohd Noor, 26, pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Neera Azizi sah bergelar isteri kepada Muhammad Hafizi Mohd Noor dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Subang Jaya, disaksikan oleh 200 tetamu terdiri daripada keluarga dan teman rapat.
- Neera meluahkan rasa sebak dan gementar menjelang akad nikah, serta sedang membiasakan diri dengan status baharu sebagai isteri, termasuk dipanggil -puan- oleh orang sekeliling.
- Hafizi menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas dan wang hantaran RM20,000, dengan lima dulang hantaran dibalas tujuh dulang daripada pihak Neera; pasangan ini bertunang pada Oktober tahun lalu selepas setahun berkenalan.
Sebak bergelar isteri
Menurut Neera, detik itu meninggalkan kesan mendalam buat dirinya kerana menyedari kehidupan sebagai seorang wanita bujang kini sudah berakhir dan bakal digantikan dengan tanggungjawab yang lebih besar.
“Alhamdulillah lega apabila sudah selesai akad nikah. Mula-mula rasa biasa tapi bila dah selesai bersolek, pakai baju, tengok semua orang dah sampai, mula rasa gementar dan takut.
“Sudah tentu saya rasa sebak sebab inilah saat terakhir saya menjalani hidup sebagai seorang yang bujang.
“Saya akan mulakan kehidupan di fasa baru. Sudah ada rasa yang lebih tanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Sedang biasakan diri dengan status isteri
Mengakui dirinya masih dalam proses membiasakan diri dengan status baharu sebagai isteri, Neera turut berkongsi reaksi lucu apabila kini dipanggil ‘puan’ oleh orang sekeliling.
“Masih masih tak percaya yang saya ini sudah berkahwin. Saya sedang cuba untuk selesa dan sesuaikan diri apabila orang panggil puan. Rasa macam mimpi sahaja lagi.
“Banyak pesanan yang keluarga berikan tetapi mereka cakap paling penting nak simpan untuk majlis bersanding nanti,” ujarnya.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Neera iaitu Azizi Mohamad dengan sekali lafaz.
Majlis tersebut berlangsung di sebuah dewan di Subang Jaya, Selangor dan hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta teman rapat.
Hafizi menyerahkan seutas gelas emas sebagai mas kahwin beserta wang hantaran RM20,000 selain sebentuk cincin.
Pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada Neera.
Untuk info, Neera dan Hafizi bertunang pada Oktober tahun lalu selepas setahun berkenalan. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami