Mungkin ramai yang tidak tahu, anggota terkenal dari kumpulan pop remaja British, One Direction, Harry Styles disahkan oleh hasil penelitian sains sebagai mempunyai mata dan dagu paling cantik lagi sempurna di dunia, mengatasi aktor terkenal, Brad Pitt dan Will Smith.
Penelitian disahkan oleh Centre for Advanced Facial Cosmetic and Plastic Surgery dengan menggunakan kaedah Golden Ratio bagi mengukur bentuk simetri wajah seseorang, dengan tujuan mengetahui selebriti mana yang paling kacak di dunia.
Untuk dagunya pula, nisbah bagi kesempurnaan simetri wajahnya adalah 99.7 peratus daripada nisbah sempurna. Beliau mengungguli carta mata paling cantik di dunia menewaskan Will Smith dan Brad Pitt yang menduduki tangga ke dua dan ketiga.
Walau bagaimanapun, kategori hidung paling sempurna diungguli oleh aktor kelahiran Kanada iaitu Ryan Gosling dengan nisbah 99.7 daripada peratusan kesempurnaan.
Sementara itu, pemain bola sepak David Beckham dilihat sebagai manusia berwajah paling sempurna di dunia dengan kadar nisbah 96.4 dari kadar peratusan sempurna. Di bawahnya pula merupakan Ryan Gosling dan juga Brad Pitt.
Berikut adalah senarai ksempurnaan wajah yang dikeluarkan oleh Centre for Advanced Facial Cosmetic and Plastic Surgery.
Mata Paling Cantik di Dunia
1. Harry Styles 98.15%
2. Will Smith 97.75%
3. Brad Pitt 97.75%
4. George Clooney 94.8%
5. Idris Elba 93.65%
Dagu Paling Cantik di Dunia
1. Harry Styles 99.7%
2. Jamie Foxx 98.7%
3. David Beckham 98.6%
4. Idris Elba 98.5%
5. Ryan Gosling 97.4%
Hidung Paling Cantik di Dunia
1. Ryan Gosling 99.7%
2. George Clooney 99.6%
3. Prince William 89%
4. Bradley Cooper 87.9%
5. David Beckham 84.6%
Wajah Paling Sempurna di Dunia
1. David Beckham 96.4%
2. Ryan Gosling 93.8%
3. Brad Pitt 92.9%
4. Bradley Cooper 92%
5. Idris Elba 91.4%
Astro Awani
Mon Jul 31 2017

Harry Styles disahkan hasil penelitian sains sebagai mempunyai mata dan dagu paling cantik di dunia, mengatasi aktor terkenal, Brad Pitt dan Will Smith. - Foto REUTERS/Neil Hall

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Mata paling cantik dan hampir sempuna milik anggota One Direction, Harry Styles - Kajian
Mungkin ramai yang tidak tahu, artis muda terkenal dari kumpulan One Direction, Harry Styles disahkan oleh penelitian sains mempunyai mata dan dagu paling cantik di dunia.