MBO Cinemas membuka pawagam yang ke-26 dengan memilih Centre Square, Sungai Petani sebagai lokasi terbaharu, dan menjadi lokasi ketiga di negeri ini selepas Alor Setar Mall dan Landmark
Central, Kulim.
Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas, Cheah Chun Wai berkata, MBO Cinemas di Sungai Petani menyediakan lapan dewan yang mempunyai 1,157 tempat duduk, dan dewan terbesar pula berupaya menampung seramai 300 pengunjung pada satu-satu masa.
"Pawagam MBO adalah antara yang pertama, beralih daripada menggunakan filem 35mm kepada operasi digital sepenuhnya pada kesemua 191 skrin di seluruh negara.
"Selain ganjaran teknikal, mereka juga boleh menyertai kami secara percuma dan mendapat kelebihan dengan MBO Starclub, yang mana sebagai ahli AllStar, mereka layak mendapat ganjaran dengan menggunakan Starpoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eksklusif premium," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Chun Wai berkata, sebagai satu-satunya pawagam yang menawarkan program kesetiaan dengan pelbagai faedah dan keistimewaan, ahli juga boleh menggunakan Lorong Istimewa Keahlian, mendapatkan tiket filem percuma pada bulan kelahiran mereka serta menikmati tayangan percuma khas untuk ahli.
"Tempahan tiket atas talian juga boleh dilakukan dengan mudah menerusi telefon pintar tanpa sebarang bayaran tempahan, bahkan harga tiket juga diberikan pada kadar sama walaupun mereka menonton filen 2D atau 3D.
Bernama
Sat Dec 26 2015
Pawagam MBO adalah antara yang pertama, beralih daripada menggunakan filem 35mm kepada operasi digital sepenuhnya pada kesemua 191 skrin di seluruh negara. - Gambar fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
MBO Cinemas buka pawagam ke-26 di Sungai Petani
MBO Cinemas membuka pawagam yang ke-26 dengan memilih Centre Square, Sungai Petani sebagai lokasi terbaharu dan menjadi lokasi ketiga di negeri ini selepas Alor Setar Mall dan Landmark Central, Kulim.