awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBO Cinemas buka pawagam ke-26 di Sungai Petani

Bernama
Bernama
26/12/2015
13:26 MYT
MBO Cinemas buka pawagam ke-26 di Sungai Petani
Pawagam MBO adalah antara yang pertama, beralih daripada menggunakan filem 35mm kepada operasi digital sepenuhnya pada kesemua 191 skrin di seluruh negara. - Gambar fail
MBO Cinemas membuka pawagam yang ke-26 dengan memilih Centre Square, Sungai Petani sebagai lokasi terbaharu, dan menjadi lokasi ketiga di negeri ini selepas Alor Setar Mall dan Landmark Central, Kulim.
Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas, Cheah Chun Wai berkata, MBO Cinemas di Sungai Petani menyediakan lapan dewan yang mempunyai 1,157 tempat duduk, dan dewan terbesar pula berupaya menampung seramai 300 pengunjung pada satu-satu masa.
"Pawagam MBO adalah antara yang pertama, beralih daripada menggunakan filem 35mm kepada operasi digital sepenuhnya pada kesemua 191 skrin di seluruh negara.
"Selain ganjaran teknikal, mereka juga boleh menyertai kami secara percuma dan mendapat kelebihan dengan MBO Starclub, yang mana sebagai ahli AllStar, mereka layak mendapat ganjaran dengan menggunakan Starpoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eksklusif premium," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Chun Wai berkata, sebagai satu-satunya pawagam yang menawarkan program kesetiaan dengan pelbagai faedah dan keistimewaan, ahli juga boleh menggunakan Lorong Istimewa Keahlian, mendapatkan tiket filem percuma pada bulan kelahiran mereka serta menikmati tayangan percuma khas untuk ahli.
"Tempahan tiket atas talian juga boleh dilakukan dengan mudah menerusi telefon pintar tanpa sebarang bayaran tempahan, bahkan harga tiket juga diberikan pada kadar sama walaupun mereka menonton filen 2D atau 3D.
Topic Berkaitan
#Cheah Chun Wai
#MBO Cinemas
#MBO Starclub
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan