BAGAN DATUK: Suasana hiba dan sayu menyelubungi Masjid Tuminah Hamidi sebaik sahaja jenazah penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Daud Kilau tiba di masjid berkenaan, di sini.
Jenazah seniman tersohor itu tiba sekitar jam 9.17 pagi tadi diiringi beberapa ahli keluarga termasuk dua anaknya, Noraini Muhammad Daud, 58, dan Ahmad Zaini, 52.
Jenazah arwah kemudian diletakkan di dalam masjid bagi memberi laluan untuk penghormatan terakhir daripada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.
Ahli keluarga M. Daud setia mendampingi jenazah Allahyarham sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran.
Sepanjang pemerhatian Astro AWANI juga, sebilangan pengunjung yang hadir memberian penghormatan terakhir kepada Allahyarham M. Daud juga tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata.
Setakat ini, sekitar 100 ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan Allahyarham hadir ke masjid tersebut bagi mengikuti perjalanan terakhir anak seni kelahiran Bagan Datuk itu.
Difahamkan, solat jenazah akan disempurnakan selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Kampung Sungai Baroh, sekitar pukul 2 petang ini.
Allahyarham M. Daud menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.46 petang Isnin di Hospital Teluk Intan pada usia 85 tahun.
Beliau meninggal dunia akibat kencing manis, darah tinggi dan komplikasi jantung.
Penglibatan awal M. Daud dalam bidang seni bermula selepas beliau menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.
Ridauddin Daud
Tue Dec 19 2023
Ahli keluarga Allahyarham setia mendampingi jenazah Allahyarham Datuk M. Daud Kilau sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Mengenang M. Daud Kilau: “Saya akan rindu nyanyian atuk dan panggilan Cek Mek Molek” - Cucu
Norhasliyana mengimbas kenangan setiap kali berbual di telefon, Allahyarham datuknya pasti akan menyanyikan lagu Cek Mek Molek.
Mengenang M. Daud Kilau: Suasana hiba, sayu selubungi Masjid Tuminah Hamidi
Ahli keluarga M. Daud setia mendampingi jenazah Allahyarham sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran.
Jenazah M. Daud Kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi
Jenazah seniman M. Daud Kilau akan dikebumikan di Kampung Sungai Baroh selepas solat Zohor.
PM Anwar utus takziah kepada keluarga M. Daud Kilau
Datuk Seri Anwar rakam penghargaan kepada Allahyarham M. Daud Kilau kerana pernah menghiburkan masyarakat di Malaysia dan menjadi antara permata tanah air.