BAGI yang lahir pada tahun 1990-an, sebut sahaja nama kumpulan nasyid Raihan, pasti ramai yang terimbau kenangan lama.

Pasti anda merindui untuk mendengarkan nyanyian dan alunan genre nasyid berkonsepkan rohani dan ketuhanan oleh Raihan.

Ini berita baik buat anda, Raihan kini kembali dengan nyanyian versi baharu bagi nasyid berjudul Sesungguhnya yang pernah popular pada 2007.

Apa yang lebih menarik perhatian, Raihan bergandingan dengan penyanyi popular, Alif Satar bagi versi Sesungguhnya 2019.

Baru sahaja dilancarkan di Youtube sejak 24 jam lepas, video tersebut kini sudah catat lebih 450,000 tontonan dan kini trending nombor satu.


Netizen nyata terpegun mendengar vokal Alif Satar bersama ahli kumpulan Raihan yang terdiri dari Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.

 Netizen nyata terpegun mendengar vokal Alif Satar bersama ahli kumpulan Raihan yang terdiri dari Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.

Menerusi perkongsian di Instagram Alif, dai turut menyarankan anda untuk mendengar menggunakan fon telinga atau fon kepala.