awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle Yeoh pulang ke Malaysia, bakal bertemu peminat pada April 18

Faida Rahim
Faida Rahim
03/04/2023
10:13 MYT
Michelle Yeoh pulang ke Malaysia, bakal bertemu peminat pada April 18
Yeoh juga dijadual menghadiri majlis konsert makan malam tertutup pada malam yang sama untuk meraikan hari lahir ibunya, Datin Janet Yeoh. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang juga pemenang Oscar ke-95 akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminatnya dalam masa dua minggu lagi.
Difahamkan, Yeoh akan bertemu peminatnya di acara karpet merah di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur pada 18 April jam 5.30 petang.
Sesi ramah mesra itu dibuka kepada orang ramai dan tiada pendaftaran awal diperlukan.
Astro AWANI turut difahamkan dari pihak Pavilion, satu sidang media akan berlangsung sebelum sesi ramah mesra berkenaan.
Dalam pada itu, Yeoh juga dijadual menghadiri majlis konsert makan malam tertutup pada malam yang sama untuk meraikan hari lahir ibunya, Datin Janet Yeoh.
Pelakon berusia 60 tahun itu mencipta sejarah bulan lalu selepas menjadi rakyat Malaysia dan bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Yeoh meraih kemenangan menerusi watak sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Menerusi Oscar Ke-95, Yeoh menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).
Di pentas semasa menerima trofi, Yeoh mendedikasikan kemenangan bersejarahnya kepada ibunya Datin Janet Yeoh.
"Dia berusia 84 tahun dan saya akan membawa pulang ini kepadanya," katanya.
Sebelum memenangi Oscar, Yeoh meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe.
Sementara itu, beliau juga menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Screen Actors Guild Awards 2023 pada Februari untuk Persembahan Cemerlang kategori Pelakon Wanita yang membawa peranan utama.
Topic Berkaitan
#Tan Sri Michelle Yeoh
#Oscar ke-95
#Everything Everywhere All At Once
#Pelakon Wanita Terbaik Oscar 95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan