awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAM perlu lebih RM55 juta setahun - Tengku Zafrul
Pulau Pinang jangka terima kemasukan lebih 8 juta pelancong melalui LTAPP tahun ini
Johor akan pergiat promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle Yeoh sah bintangi sekuel Avatar

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
17/04/2019
02:01 MYT
Michelle Yeoh sah bintangi sekuel Avatar
Michelle Yeoh mengesahkan bakal menyertai barisan pelakon sekuel filem Avatar. -Foto Instagram/@Michelleyeoh
UMUM mengetahui hasrat pengarah filem Hollywood, James Cameron untuk menghasilkan sekuel filem Avatar.
Selain berita baik itu, rakyat Malaysia juga berkongsi berita gembira apabila selebriti kelahiran tanah air, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan bakal menyertai barisan pelakon untuk francais filem tersebut.
Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Michelle menerusi perkongsian di Instagramnya.
Menerusi perkongsian itu, Michelle menyatakan keterujaannya untuk bekerjasama dengan pengarah bertaraf legenda itu bagi sekuel filem tersebut.
View this post on Instagram
I am very very excited to be part of “Avatar” franchise and can’t wait to work with legendary James Cameron soon.
Michelle akan menyertai barisan pelakon asal filem Avatar lain seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver/
Michelle Yeoh dilaporkan bakal memegang watak sebagai saintis bernama Dr Karina Mogue.
Antara bintang lain yang bakal turut serta ialah Kate Winslet, Cliff Curtis, Oona Chaplin and Vin Diesel.
Michelle Yeoh sebelum ini banyak membintangi filem bertaraf antarabangsa seperti "Crouching Tiger, Hidden Dragon", "Tomorrow Never Dies" and "Crazy Rich Asians".
Filem lakonan beliau lain yang bakal ditayangkan tahun ini adalah "Boss Level" and "Last Christmas”.
Filem sekuel Avatar dijangka bakal menemui penonton pada tahun hadapan.
Topic Berkaitan
#Avatar
#Dr Karina Mogue
#francais
#James Cameron
#Sam Worthington
#Tan Sri Michelle Yeoh
#Zoe Saldana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan